Apa itu Freemason-Sejarah Freemason

Oleh rmf

Mungkin atau tidak ada diantara kita hanya pandai menuturkan perkataan Freemason ini, akan tetapi tidak pula mengetahu sejarah asal penubuhannya, sebagai  pengetahuan dan landasan kepada  golongan ini disini saya postkan satu artikel yang mana mungkin membrikan penerangan yang amat jelas sejarah nya.

Kadang kala kita tertanya-tanya apakah yang paling hebat dengan organisasi ini sehingga ianya boleh mengubah pelbagai  bentuk agenda  seluruh dunia, siapakah mereka ini? Sekarang kita baca dan fahami- sekadar pengetahuan.

Assallamualaikum dan salam sejahtera

Apa itu Freemason? mungkin ada antara kita di malaysia ini kurang faham mengenai freemason dan korang join sahaja pertubuhan tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya, buat korang di malaysia yang dah join freemanson tu jangan ingat erti seronok sahaja,sila baca entri yang aku kongsikan untuk korang ini sebelum korang akan meninggalkan freemason

Sejarah Freemason

Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun.

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.

Tentang Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikan berlainan. Salah satu tafsir yang paling popular adalah, bahawa Haikal Sulaiman berada di tanah yang kini di atasnya berdiri Masjidil Aqsa.

Mereka meyakini, tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membangun Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babylon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babylon. Atas kebebasannya itulah, ia membangun kembali Haikal Sulaiman.

Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Rom menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu juga apabila kuasa Muslim, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.

Tapi tafsir lain tentang hal ini juga mengartikan Haikal Sulaiman juga sebagai wilayah kekuasan yang luas membentang. Bahkan ada yang menariknya hingga sampai wilayah Khaibar, saat kaum Yahudi diusir di zaman Rasulullah Muhammad. Oleh itu, mereka meyakini harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga tanah Khaibar, tempat mereka terusir dahulu kerana penghianatanya pada Rasulullah dan piagam Madinah.

Dan untuk itulah mereka bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menebar kuasa itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Kristian dan Islam.

Perlawanan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Perlawanan gereja Katolik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah rencana bertajuk The Earlier Period Of Freemasonry yang di Mimar Sinan, turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para ahli Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak awal penubuhan, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama persis dengan yang terjadi belakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Banyak sumber Freemason menjelaskan bahawa sejarah penubuhan gerakan ini berakar jauh dan boleh dikesan hingga ke masa Order Knight of Templar ketika perang Salib di Yerusalem, Palestin. Saat Paus Urban II, tahun 1095, usai Majlis Clermont menyeru Perang Suci atau Crusade dan memobilisasi kaum Kristiani di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Yerusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Paus Urban II membakar emosi massa dengan cara mengabarkan berita bohong. Beliau berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh, dibantai dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Ia juga membakar kemarahan kaum Kristiani dengan mengatakan bahawa kaum kafir (Muslim Turki, pen.) Telah dan sedang menguasai makam Yesus Kristus.

Paus UrbanusII menyeru agar semua pertikaian yang terjadi selama ini antara pemeluk dan Kesatrian Kristian harus diakhiri, karena ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam dan kaum Muslimin. Ia juga mengimiginasikan dengan pujukan syurgawi, bahawa siapa yang berangkat ke medan perang akan dibebaskan dari semua dosa dan di jamin akan mendapat syurga. Hasilnya, beribu-ribu kaum Kristiani berangkat menuju Palestin dengan kemarahan. Dan setibanya di sana, terjadi pembunuhan besar-besaran atas penduduk Yerussalem dan Palestin.

Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib yang terdiri daripada banyak unsur mula mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam aliran-aliran tertentu. Para ahli aliran ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara tentera di dalam biara tersebut. Dan satu dari sekian aliran yang sangat mencuat namanya adalah Order Knight of Templar.

pengasas aliran ini adalah dua kesatria Perancis, iaitu Hugh de Pavens dan God Frey de St Omer. Spekulasi dari kalangan sejarawan berkata, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh dan cita-cita para pengasas Order Knigh of Templar. Para perwira tinggi Kristian tersebut, sesungguhnya proses Convertion yang mereka lakukan hanyalah cara untuk menyelamatkan diri, dan sesungguhnya mereka masih berpegang teguh pada doktrin-doktrin Yahudi, terutama Kabbalah.

Meski mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Atau setidaknya, masa yang miskin itu hanya mereka rasakan di awal-awal penubuhan Knight of Templars. Dalam masa yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan jalan melakukan kawalan penuh terhadap peziarah Eropah yang datang ke Palestiana. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putra para bangsawan Eropah yang tentu saja akan melengkapkan anak mereka dengan bekalan dana yang seolah tak pernah kering jumlahnya. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan ribawi pertama pada abad pertengahan.

Dalam waktu singkat markas Knight of Templar di Perancis menjadi rumah Penghimpunan harta terbesar di Eropah. Lambat laun mereka menjadi bankir bagi para Paus dan Raja. Bagaimana tidak cepat kaya, setiap tahunyya King Henry II of England mendonasikan wang untuk menanggung kos hidup 15.000 tentera Knight of Templar dan juga Knight Hospitaler selama mereka berperang dalam Perang Salib pada tahun 1170. Untuk menggambarkan betapa besarnya institusi perbankan yang dijalankan Templar, pada saat itu organisasi ini mempunyai 7,000 pegawai lebih hanya untuk mengurusi masalah kewangan. Mereka juga mempunyai tak kurang dari 870 istana, istana, dan rumah-rumah para bangsawan yang terbentang dari London hingga Baitulmuqaddis.

Karena aliran ini sangat berkuasa, lambat laun mereka mulai menampakkan ciri asalnya, yakni sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan mendatangkan roh-roh untuk berkomunikasi. Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Firaun.

Mengetahui hal ini, Raja Perancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan aliran Knight of Templar kerana dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Paus Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan dan interogasi, dan beberapa pimpinan Order Knight of Templar yang bergelar Grand Master (penyebutan ini masih digunakan sebagai peringkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang, pen) ikut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan interograsi didapati keterangan bahawa ahli-ahli Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, melakukan sodomi, menyembah kucing, memakan daging rakan-rakan mereka sendiri yang sudah mati.

Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyiksaan demi penyiksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Order Templar. Pada tahun 1312, Order Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja, dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Order Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai Heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan napasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Paus Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, diikuti Paus Clement sebulan selepas Raja Philip mangkat.

Setelah itu berlaku pemusnahan besar-besaran, sekali lagi ke atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan kes Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tak hanya terjadi di Palestin, tetapi juga berlaku di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Sampai akhirnya mereka berhasil melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgahsana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang menentukan dalam perkembangan gerakan Freemason.

Versi yang lebih tua dari sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herod Agripa I yang meninggal dunia pada tahun 44 Masihi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Konon waktu itu namanya The Secret Power atau kekutan yang Tersembunyi.

Tujuan utamanya adalah memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran agama baru tersebut, termasuk membunuh bayi-bayi Kristian. Tapi, berkenaan dengan segala kesadisan yang dilakukan Herod ini, para sejarawan dunia, meyakini bahawa hal tersebut hanyalah mitos belaka dalam tradisi agama Kristian. Herod Agripa I menjalankan segala misi The Secret Power ini dibantu dua pengikut setianya, Heram Abioud sebagai Naib Presiden gerakan dan Moab Leumi sebagai pemegang rahsia utama gerakan ini. Tapi beberapa ahli Freemason juga mempercayai dan menarik sejauh mungkin sejarah mereka ke masa lalu, bahkan hingga ke zaman Firaun. Itu pula yang menjadi salah satu penjelasan mengapa mereka kerap kali menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktiviti ritual mereka, seperti penggunaan Mata Horus atau The All Seeing Eye, Piramid, Matahari dan pelbagai simbol Mesir lainnya. Penggunaan ini bermula dari penggalian Kuil Sulaiman oleh para Templar dan penemuan doktrin dan ajaran Kabbalah yang terus-menerus mereka eksplorasi dan diajarkan dari mulut ke mulut. Penggalian ini begitu serius mereka lakukan sehingga kelak akan mempengaruhi cara pandang kaum Templar dan juga rancangan mereka dalam kehidupan dunia.

Bahkan yang cukup mengejutkan adalah, dalam manuskrip-manuskrip kuno Mason dikatakan, orang pertama Mason adalah Adam! Kejadian itu berawal ketika Adam dan Hawa memakan daun dari pohon terlarang di taman Syurga. Daun yang disebut sebagai daun pengetahuan, dan kerana itu juga Tuhan mereka melarang mereka memakannya. Dr.Albert Mackei, seorang ahli Mason dengan tingkatan 33 derajat dalam Encyclopedia of Freemasonry manuliskan, daun pengetahuan itu kelak diturunkan pada dua anak Adam dan Hawa, Seth dan Nimrod dengan kisah The Tower of Babel. Kedua anak ini pula menyusun bahasa untuk ilmu pengetahuan yang akan diturunkan kepada manusia-manusia seterusnya. Tapi, dalam perkamen-perkamen tua itu disebutkan bahawa, Tuhan dengan sengaja mengacaukan bahasa manusia yang mengakibatkan rahsia ilmu pengetahuan, yang diturunkan Adam dengan memakan daun dari pohon terlarang, hilang dan tak diketahui manusia-manusia selepas Seth dan Nimrod. Dan itu pula yang menjadi alasan kedua-dua kaum ini memerangi Tuhan.

Bahkan menurut Talmud, syaitan-syaitan adalah keturunan dari Adam dan Hawa. Setelah Adam diusir dari syurga, dia enggan mencampuri isterinya, Hawa. Dan pada saat itulah, dua setan perempuan mendatanggi Adam yang langsung digauli keduanya oleh Adam. Dalam Talmud disebutkan, Adam menggauli syaitan perempuan bernama lelet selama lebih dari 130 tahun lamanya dan melahirkan ramai anak-anak syaitan begitu pula dengan Hawa selama ditinggal oleh Adam, Hawa juga digauli oleh syaitan laki-laki dan melahirkan ramai anak setan.

Fremasonry adalah Organisasi Dajjal?

Banyak Muslim yang anti-Masonry beralasan bahawa Freemasonry sangat dekat dengan Semitisme dan Zionisme, meski pengkritik lain mengatakan bahawa Freemason ada hubungannya dengan Dajjal. Beberapa Muslim lain yang anti-Masonry beranggapan bahawa Freemasonry memiliki misi untuk mempromosikan Yahudi di seluruh negara di dunia, dan misi terbesar mereka adalah mendirikan Kuil Solomon di Jerusalem setelah menghancurkan Masjid. Pada artikel 28 dari konvensyen Hamas, dinyatakan bahawa Freemason, Rotary, dan kumpulan yang serupa yang lain “bekerja dalam kerangka dan berdasarkan Arahan Zionisme …” Namun, beberapa negara seperti Turki dan Malaysia membolehkan Grand Lodge.

Freemasonry di Indonesia

Di Hindia-Belanda dahulu, rumah pertemuan kaum Vrijmetselarij, dalam bahasa Belanda Lodge atau loji dalam bahasa Indonesia seringkali disebut sebagai “rumah setan”. Sejak zaman Presiden Sukarno, gerakan ini diharamkan di Indonesia.

Loji-loji Freemason ternama di Nusantara tersebar di hampir semua wilayah di Indonesia seperti di Aceh, Medan, Padang, Palembang, Jawa, Sulawesi, dan sebagainya.

Salah satu yang paling terkenal adalah Adhuc Stat alias loji Bintang Timur yang terletak di Menteng, Jakarta Pusat, yang kini digunakan sebagai Gedung Bappenas. Dulu, bangunan ini dikenali masyarakat luas sebagai Gedung Setan, kerana ia sering digunakan sebagai tempat pemanggilan arwah orang mati oleh para angota Mason.

Dr. T.H. Stevens, seorang sejarawan Belanda, dalam bukunya bertajuk “Tarekat Mason Bebas dan Masyarakat di Hindia Belanda dan Indonesia 1764-1962″, yang edisi bahasa Indonesianya diterbitkan oleh Sinar Harapan dalam jumlah yang sangat terbatas, banyak memaparkan tentang gerakan dan tokoh-tokoh Freemasonry di Indonesia . Tokoh-tokoh Mason Indonesia menurut buku tersebut-yang dilengkapi foto-foto ekslusif sebagai buktinya-banyak melibatkan nama-nama terkenal seperti Sultan Hamengkubuwono VIII, RAS. Soemitro Kolopaking Poerbonegoro, Paku Alam VIII, RMAA. Tjokroadikoesoemo, DR Radjiman Wedyodiningrat, dan banyak pengurus organisasi Boedhi Oetomo.

Sejarah Freemason Di Malaysia

Major Masonic Events in South East Asia

1765 - Lodge No. 1 Bencoolen warranted.
1772 - 10 February, Marlborough Lodge warranted.
1786 - Founding of Penang.
1791 - Marlborough Lodge renamed “Rising Sun”.
1793 - John Macdonald (son of Flora Macdonald the Jacobite heroine) first
Provincial Grand Master.
1796 - Humanity & Industry Fort Marlborough warranted.
1809 - 6 September, Lodge Neptune, Penang warranted.
1810 - First meeting of Lodge Neptune, Penang.
1811 - Last meeting of Lodge Neptune, Penang.
1812 - Stamford Raffles initiated Lodge Virtutis et Artis Amici, Java.
1813 - Lodge No. 1 Bencoolen erased.
- Humanity and Industry Fort Marlborough erased.
- 5 July, Stamford Raffles raised Lodge de Vriendschap Soerabaya.
1816 - 25 April, Stamford Raffles perfected Chapter La Vertueuse Batavia.
1819 - Lodge Neptune, Penang erased.
- 28 January, Stamford Raffles arrived off Singapore.
- 6 February, Founding of Singapore.
1822 - Lodge Humanity with Courage warranted in Penang.
1824 - Bencoolen handed over to the Dutch by Treaty.
1825 - Lodge Neptune, Penang revived.
1826 - Humanity merged with Neptune.
1845 - 26 February, Lodge Zetland No. 748, Singapore warranted.
- 8 December, First meeting of Lodge Zetland No. 748.
- 15 December, 1st initiate W. J. Napier.
- 15 December, 2nd initiate W. H. Read
1846 - Lodge Zetland renamed “Lodge Zetland in the East”.
- Lodge Neptune Penang dormant
1848 - Bro. James Brooke (Rajah Brooke) visited Lodge Zetland in the East.
1849 - Sir James Brooke joined Lodge Zetland in the East.
- 25 August, Hon. Capt. H. Keppel (Admiral) initiated in
Lodge Zetland in the East.
1850 - 24 May, W. M. of Zetland M. F. Davidson laid the
foundation stone of Horsburgh Light House at the request of
the Governor of the Colony.
- 3 August, Lodge Neptune Penang rewarranted.
1854 - 24 May, Acting W. M. of Zetland W. H. Read laid the
foundation stone of Raffles Lighthouse at the Governor’s request.
1856 - Masonic Hall Esplanade, Singapore, opened.
1858 - 3 April, Lodge Fidelity, Singapore, warranted.
- 5 August, Lodge Fidelity, Singapore, consecrated.
- 4 December, District Grand Lodge constituted.
- 4 December, W. H. Read installed as D.G.M
1862 - 4 June, Lodge Neptune Penang erased.
- 4 June, Sun Lodge erased.
1863 - Lodge Zetland in the East No. 748 renumbered
“Lodge Zetland in the East No. 508″.
1867 - Fidelity united with Lodge Zetland in the East.
- 24 June, Lodge St. George No. 1152 consecrated
1871 - 10 March, Masonic Hall, Kampong Glam, consecrated.
1873 - 29 March, Clyde Terrace Market Corner Stone laid
with Masonic honours.
1875 - 4 December, Royal Prince of Wales Lodge No. 1555 consecrated.
1878 - 27 December, First Masonic Temple built and consecrated in Penang.
1879 - 14 April, Foundation stone of Masonic Hall, Coleman Street laid.
- 27 December, Freemasons’ Hall, Coleman Street consecrated.
1885 - 13 August, Lodge Elupoa, North Borneo warranted.
- 28 December, Colonel Samuel Dunlop installed as D.G.M.
1888 - 2 January, Elupora No. 2106 never constituted. Erased.
- 14 April, Perak Jubilee Lodge No. 2225 consecrated.
- 2 July, Masonic Club, Singapore inaugurated.
1889 - 21 October, Read Lodge, Kuala Lumpur consecrated.
- November, Dunlop Masonic Benevolent Society inaugurated.
- 28 November, Lodge Shadwell Clerke, Penang warranted.
1890 - 2 May, Shadwell Clerke No. 2336 consecrated.
- 3 October, District Grand Lodge elected to membership of Q.C.C.C.
1891 - 1 May, Borneo Lodge of Harmony No. 2403 warranted.
- 13 August, Sir Charles Warren G.C.M.G. installed as D.G.M.
1893 - 3 March, Borneo Lodge No. 2403 constituted.
- 6 November, Foundation stone of Masonic Building in
Kuala Lumpur laid.
1894 - 15 October, Read Masonic Temple, K.L. consecrated.
1895 - Bro. Pavitt installed W.M. of Harmony in Lodge St. George, Singapore.
- 13 June, Sir Charles Mitchell installed as D.G.M.
1896 - Bro. Raffles Flint (nephew of Sir Stamford Raffles) installed as
W.M. of Borneo Lodge of Harmony in Lodge Zetland in the East.
1899 - 19 May, Shadwell Clerke warrant returned.
- 19 May, Borneo Lodge of Harmony No. 2403 erased.
- 7 December, Sir Charles Mitchell D.G.M. died in Singapore.
1902 - 30 January, Zetland held special meeting to welcome
Bro. Admiral Sir. H. Keppel.
- 29 September, Lodge St. Michael No. 2933 consecrated.
1903 - 20 February, W.J. Napierinstalled as D.G.M.
- 16 July, Eastern Gate Lodge No. 2970 consecrated
1906 - 17 May, Founding of Scottish Freemasonry – Scotia No. 1003.
- 21 August, District Grand Chapter constituted.
1907 - 16 April, Kinta Lodge No. 3212, Ipoh, consecrated
1909 - 10 May, Death of W.H. Read C.M.G., P.D.G.M.
- 20 May, Jubilee of District Grand Lodge.
- 24 June, First issue of Pentagram published.
- 9 October, Klang Lodge No. 3369, K.L. consecrated.
1910 - 25 February, F.M. Elliot installed as D.G.M.
- 4 March, Napier Lodge No. 3418 consecrated. 1912
- 6 January, Negri Sembilan Lodge No. 3552, Seramban, consecrated.
- 7 December, Lodge Elliot No. 3557, Malacca, consecrated.
1913 - 6 September, Makepeace Lodge No. 3674, K.L. consecrated. 1914
- 1 August, commencement of First World War.
1915 - 15 February, Mutiny of Indian Troops in Singapore.
Murder of District Grand Secretary.
1916 - 20 October, District Grand Lodge of the Middle East, Scottish. 1918.
- 2 August, Lodge Kedah No. 3830 Sungai Petani consecrated.
- 11 November, Cessation of First World War (Armistice Day)
1919 - 26 July, Johore Royal Lodge No. 3946 consecrated.
1920 - 28 May, W.F. Nutt installed as D.G.M.
1922 - 17 December, Foundation stone of Seramban Masonic Temple
laid by D.G.M.
1923 - 9 January,Foundation stone of Teluk Anson Masonic Temple laid.
- 31 March, Sir Neil Malcolm installed as D.G.M.
1924 - 8 November, P.G. Sprule installed as D.G.M.
1929 - 15 November, Consecration of Penang Masonic Temple by D.G.M.
- 14 December, Foundation stone of Johore Royal Temple laid by D.G.M.
1931 - 10 October, Foundation stone of Tiger Lane Temple, Ipoh
laid by D.G.M.
1932 - 6 February, Johore Utara Lodge No. 5324 consecrated.
1933 - 25 March, Sir George Trimmer installed as D.G.M.
1938 - 28 May, W.H.W Gubbins installed as D.G.M.
1939 - 3 September, Second World War commenced.
1941 - Last pre-war Pentagram published (Vol. XXXI).
1942 - 12 February, Last Masonic meeting held by Lodge Zetland in the East.
- 15 February, Fall of Singapore.
1945 - 15 August, End of Second World War.
- 12 September, Formal surrender of Japanese troops in Singapore.
- 15 September, First Masonic meeting held in Singapore after
the Second World War by Lodge St. Michael.
- December, Centenary of Lodge Zetland in the East.
1947 - 25 January, Baldwyn Lowick installed as D.G.M.
- First post war Pentagram published (War Years’ Edition Vol. XXXII).
1948 - 29 May, Read Temple re-dedicated.
1951 - 26 January, Lodge Kinabalu No. 7047, K.K., consecrated.
- 17 March, Baldwyn Lowick Lodge No. 7004, K.L. consecrated.
1952 - 28 June, Lodge Singapore No. 7178, consecrated.
1954 - 5 June, Founding of Irish Freemasonry in South East Asia
- St. Patrick No. 765.
- 25 September, E.G. Holiday installed as D.G.M.
1956 - 2 May, Stamford Raffles Lodge No. 7444 consecrated.
1957 - 8 August, Horsburgh Lodge No. 7533 consecrated.
- 2 November, Elupora Lodge No. 7545, Sandakan, consecrated.
1958 - 7 December, Centenary of the District Grand Lodge.
1959 - 27 May, Centenary Lodge No. 7629 consecrated.
1960 - 20 February, Sentosa Lodge No. 7661, K.L., consecrated.
1963 - 31 August, Malaysia declared independence.
1964 - 31 October, Beaufort Lodge No. 7989, K.K., consecrated.
- 28 November, Edward Holiday Lodge No. 7997, K.L., consecrated.
1965 - 9 August, Republic of Singapore formed.
1966 - 15 January, Leslie Rayner installed as D.G.M.
1967 - 1 July, Mustapa bin Osman installed as D.G.M.
1973 - 10 February, Fidelity Lodge No. 8469, K.L., consecrated.
1974 - 16 February, Berakas Lodge No. 8560, B.S.B., consecrated.
- 9 November, J.W.Y. Eu installed as D.G.M.
1978 - 14 December, Read Temple, Damansara Road evacuated
because of city development.
1994 - 9 November, J.W.Y. Eu’s 20th Anniversary as D.G.M.
- 3 December, Launch of J.W.Y. Eu Foundation.
- 5 December, J.W.Y. Eu Lodge No. 9572 consecrated.
1995 - 8 March, Berakas Lodge No. 8560 erased.
- 8 December, Sesquicentenary celebration held.
1997 - 9 August, Consecration of Labuan Lodge No. 9652
in Labuan.
2000 - 14 April, Consecration of Table Lodge No. 9717
in Tawau, East Malaysia.
2001 - 15 September, Consecration of Chula Lodge No. 9745
in Bangkok, Thailand
2003 - 31 May, Datuk Dr. Yeoh Poh Hong installed as D.G.M.
- 31 May, Consecration – Sri Damai Lodge No 9768
2004 - 24 May, new temple in Kota Kinabalu dedicated by
the M. W. Pro Grand Master, the Marquess of Northampton.
2004 - July, Consecration of Lodge Light of Siam No. 9791
in Phuket, Thailand.
2006 - 10 June, Consecration Makepeace Chapter No. 3674
in Kuala Lumpur.
2006 - 2 December, Centenary Celebration of District Grand Chapter
in Ipoh, Malaysia.
2007 - 4 June, Consecration of Sentosa Chapter No. 7661
in Kuala Lumpur, Malaysia.
2008 - 18 October, Laying of Foundation Stone of new Masonic Center
in Kuala Lumpur, Malaysia.
2008 - 6 December, 150th Anniversary Celebration of DGLEA
in Orchid Country Club, Singapore
2008 - 6 December, Appointment of First District Grand Orator
2009 - 19 June, Consecretion of Neptune Lodge No.9849 in Penang
2009 - 5 December, Appointment of First District Grand Mentor

Beberapa Ahli Fremason Terkenal di Dunia:

* Enrico Fermi
* Johann von Goethe
* Voltaire
* Duke Ellington
* Rudyard Kipling
* Louis Armstrong
* Winston Churchill
* Giuseppe Garibaldi
* Charles Lindbergh
* Setiap Presiden Amerika Syarikat:
o George Washington
o James Monroe
o Andrew Jackson
o Martin Van Buren
o James Polk
o James Buchanan
o Abraham Lincoln Andrew Johnson
o James Garfield
o William McKinley
o Theodore Roosevelt
o William Taft
o Warren Harding
o Franklin D. Roosevelt
o Harry Truman
o Lyndon Johnson
o Gerald Ford

Apa-apa pun wallahhuallam……

About these ads

24 thoughts on “Apa itu Freemason-Sejarah Freemason

  1. Kalau saya bandingkan dengan Freemason dan Al Qaeda, pada ketika ini Freemason lebih berunsurkan kedamaian sejagat berbanding Al-Qaeda yang hanya merancang strategi pembunuhan dengan cara pengeboman berani mati. Anehnya perjuangan yang dikatakan menegakkan Islam oleh anggota Al-Qaeda dan cabang-cabangnya hanya memperlihatkan tindakan serangan dan pembunuhan orang-orang yang tidak bersalah. Pendek kata Al-Qaeda hanya bertungkuslumus menimbulkan kegerunan manusia berbanding Freemason yang banyak terlibat dengan misi kemanusiaan. Sebagai manusia kita harus bijak menilai yang mana buruk dan mana baik.

    • sepertinya anda salah satu anggota freemason…al-qaeda saya rasa pejuang dari penjajahan dan kebiadaban negara2 sok demokrasi seperti amerika dan konco2 nya….jangan memutar balikkan fakta deh…

      • Ini bukan soal putar belit, cuba fikirkan perkara ini, mengapa negara-negara islam boleh berpecah belah sedangkan mereka adalah penganut tegar islam, agama paling sempurna di dunia, agama paling suci, agama yang paling benar, islam adalah agama yang membawa perpaduan ummah sedangkan hakikatnya sangat jelas bahawa tiada keamanan di negara-negara arab, afghanistan, pakistan dan negara-negara islam afrika. dimAN seperti menyalahkan negara bukan islam dalam konflik negara-negara islam, apakah dimAN bermaksud bahawa perpecahan umat islam disebabkan negara-negara bukan islam? Bukankah agama islam itu agama paling sempurna di dunia? paling benar di dunia?, sepatutnya umat islam tidak akan tergugat atau tidak akan berpecah akibat pengaruh luar kerana umat islam itu penganut agama yang paling sempurna maka sepatutnya sempurna jugalah sifat-sifat umatnya. Cuba dimAN fikirkan perkara ini. Kerana gagal memikirkan perkara inilah pemimpin taliban meletupkan patung Budha terbesar dan tertua di afghanistan, mungkin taliban takut patung itu memperkosa wanita-wanita afghanistan, takut patung itu mengebom sana sini, takut patung itu membunuh rakyat afghanistan, takut patung itu merobohkan masjid-masjid, takut patung itu menimbulkan peperangan kaum. Namun hakikatnya pengikut taliban lah yang menjadi perogol, pembunuh rakyatnya, merosakkan kemudahan awam rakyatnya dan melakukan keganasan yang dashyat, sedangkan patung yang taliban musnahkan tidak pernah membunuh rakyat afghanistan…dimAN fikirlah secara logik walaupun holistik.

  2. Assalamualaikum semua..

    Nampaknya ada antara2 pembaca yang agak obses dengan freemason, dajjal, yahudi dan sekutunya dan mungkin ada yang hampir terpengaruh dengan artikel2 yang pernah dibacanya..apa2pun terima kasih kepada penulis kerana memberi artikel yang padat walaupun ada beberapa info yang kurang jelas dan mampu memberi dan membawa kepada maksud yang terpesong jika salah permahaman pembacanya jadi saya hanya ingin berkongsi pesanan bahawa kita yang beragama islam disini janganlah mudah terpengaruh dengan segala artikel yang kita baca dan selidik dan fahami betul apa yg dibaca bagi tidak dipengaruhi atau terpesong tambah2 lagi kafir ada bermacam2 cara untuk menakluk dunia dan salah satunya dengan menyebarkan pengaruhnya walaupun dengan cara baik ataupun jahat..jadi jangan kerana apa yang kita nampak perbuatan kafir baik dah bermaksud baik niatnya..mungkin ada niat sebaliknya sebab bukan nak kata apa..kita ni orang islam dan berhati lembut (mudah terpedaya dengan kebaikan tanpa selidik latar belakang seseorang itu atau satu organisasi itu) jadi jangan mudah terpedaya dengan apa yang kafir buat atau tunjuk didepan mata kita. Walaupun sepandai mana kita ni sekalipun tetapi kita semua manusia dan sikit sebanyak tak muktahil termakan kata2 atau terpengaruh sesetengah artikel.

    Assalamualaikum

    • Nasihat yang saudara ahmad berikan sangat berguna kepada kepada manusia sejagat tidak kira islam atau bukan islam. Cuma satu perkara yang seharusnya diperbetul sejak dulu iaitu tanggapan ataupun peristiharan bangsa bukan islam sebagai kafir oleh panganut islam. Tanggapan ini sebenarnya merangsang satu nilai negatif dalam arus pembangunan ketamadunan sejagat. Peliknya apa yang saya perhatikan masyarakat islam cenderung menggatakan manusia selain islam itu kafir. Tindakan mereka ini nyata dan dialami oleh semua masayarakat bukan islam yang pernah menduduki sekolah rendah seawal darjah satu. Saya masih ingat pada tahun 1975 sewaktu saya berada dalam kelas darjah satu dimana ustaz setiap hari mengatakan kepada murid-murid bukan islam bahawa mereka kafir dan merupakan ahli neraka sepanjang hayat. Ustaz itu juga mengatakan bahawa manusia bukan islam merupakan kayu api pembakar dalam neraka. Pengalaman ini berterusan sehingga ke pringkat sekolah menengah dan universiti. Tidak terbatas di situ, para pemimpin dan ulamak islam menggunakan radio, tv, surat khabar dan sebagainya untuk menekan kaum bukan islam di Malaysia tentang isu kafir tanpa mereka menghiraukan perasaan kaum bukan islam di Malaysia. Anehnya sejak kebelakangan ini pihak Kristian dan institusi gereja sering dipersalahkan apabila ada penganut islam yang murtad, walhal semua sudut kemudahan dan perundangan telah dibentuk sedemikian rupa untuk menyekat pembangunan agam lain dalam negara, dan sekarang ini Freemason pula dikaitkan dengan unsur-unsur negatif. Pernahkah sesiapa terfikir bahawa kafir itu ada dimana-mana tidak mengira agama. Sebagai contoh, kes baru-baru di semenanjung malaysia dimana seorang bapa telah menyetubuhi anak kandungnya sendiri, nyata si bapa ini telah melakukan perbuatan terkutuk dan kafir, maka tidak kira apa agamanya samada islam atau kristian maka orang itulah sebenarnya kafir. Seperti juga yang berlaku dalam politik tanahair, dimana dikatakan seorang menteri telah terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, maka orang itulah sebenarnya kafir. Seperti juga individu yang terlibat dengan kehilangan engin jet pejuang beberapa tahun yang lalu, maka orang itulah sebenarnya kafir kerana telah mengkhianati negara. Jangan kita terpengaruh dengan dakyah kotor yang berunsur perkauman dengan merendah-rendahkan kaum atau agama lain, jangan sampai terikut-ikut dengan apa yang Taliban afghanistan lakukan suatu ketika dahulu semasa menghancurkan patung-patung budha yang mereka katakan kafir walhal pada masa yang sama Taliban melakukan siri-siri pembunuhan keatas rakyatnya menjadikan Taliban itu sendiri sebenarnya kafir. Ini jelas kerana Taliban membunuh, sementara patung-patung yang dimusnahkan tidak pernah membunuh atau mencederakan rakyat afghanistan. Apa yang Taliban afghanistan lakukan hanya terdorong dengan sikap fobia mereka terhadap agama lain, kemudian mereka pula mencetuskan isu terbalik mengatakan kristian fobia terhadap islam, satu fakta yang diterbalikan 360 darjah. Sebagai kesimpulan yang kafir itu adalah perbuatan yang jahat atau melanggar etika moral manusia, seorang doktor yang menjalankan tugasnya dengan mulia menyelamatkan orang sakit sebenarnya bukan kafir walaupun dia beragama kristian atau berbangsa yahudi, sebaliknya seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ulama islam tetapi merancang dan melakukan pembunuhan melalui siri pengeboman seperti dilakukan imam samudera adalah seorang yang maha kafir.

      • Pikir dgn lebih matang…jgn nafsu mempengaruhi pemikiran..wahai org yg komen diatas aku nie…jika anda ISLAM..

  3. Komen yang saya kemukakan bukan berdasarkan nafsu sebaliknya berdasarkan fakta dan kebenaran nyata di depan manusia, fikirkan perkara ini, seekor anjing yang dikatakan haram masih tetap berguna kepada nusa dan bangsa negara Malaysia bila mana anjing-anjing ini dilatih menjadi pembantu PDRM dan ATM yang mampu memberikan sumbangan dalam menjaga keselamatan negara. Bandingkan dengan individu yang bergelar imam samudera yang hanya mampu merancang pembunuhan melalui siri pengeboman, dan fikirkan nilai murni yang dibawa berbanding anjing-anjing yang saya nyatakan tadi.

    • satu masa kau akn sedar,d mna ketika itu kau meyesal tidak berpegang dengan agama islam….
      Semoga allah memberi petunjuk pada hamba-hambanya…
      Allahhu akbar….!!!

      • Satu perkara saya nak tanya, apa sudah jadi dengan persengketaan antara Sunni dan Syiah? Persengketaan ini ujud seawal 700 tahun selepas kemangkatan baginda Nabi Muhammad S.A.W sehingga hari ini yang telah meragut jutaan nyawa dan di antara kedua belah pihak ini masing-masing mengaku sebaik-baik agama dalam nada peperangan tanpa memikirkan satu jalan penyelesaian yang boleh menyatukan kedua-dua mahzab ini. Senario ini sebenarnya membuktikan bahawa tiada yang terbaik didunia melainkan semuanya berlebihan dengan kekurangan dan semuanya sentiasa kekurangan yang terbaik. Yang nyata kedua-duanya berpegang kepada perjuangan jihad tetapi tidak pernah berjaya menyatukan kedua-dua mahzab Islam terbesar didunia hanya kerana semangat JIHAD disalah tafsir sehingga melunturkan moral rendah diri dan moral menghormati antara kedua belah pihak yang berkesudahan dengan situasi mencemar nilai agama Islam yang dikatakan sebagai sebaik-baik agama didunia. Dan pada masa yang sama, kaum yang dikatakan kafir melihat semua ini dengan tafsiran yang yang pelbagai.

      • Dalam dunia Kristian pernah juga dan ada juga konflik antara mahzabnya, namun kerana mereka ini berteraskan nilai rendah diri dan moral seiman maka konflik itu dapat diatasi atau setidak-tidaknya dikawal supaya tidak menjadi konflik yang menular. Perbezaan antara kedua-dua amalan penganut Kristian dan Islam ialah, penganut Kristian mahu memenangi setiap konflik melalui perdamaian sementara penganut Islam mahu mati (mati syahid) untuk memenangi setiap konflik. Maka proses hijrah ke pertaubatan hanya berakhir dengan kematian. Walhal Islam itu sebenarnya jalan perdamaian dan perkongsian kehidupan sejagat di atas bumi berbumbungkan langit ciptaan Tuhan Allah Yang Maha Esa. Tuhan adil kepada umat ciptaanNya.

  4. Selama ini golongan yang terlalu fobia kepada Yahudi dan Freemason serta Amerika seringkali mengingatkan orang Islam dan Melayu di Malaysia supaya bersatu dalam Islam supaya tidak dijajah oleh Yahudi dan Freemason serta Amerika yang dikatakan kafir. Pelbagai cara dicadangkan untuk melumpuhkan Yahudi dan Freemason termasuk memboikot barangan yang ada kaitan dengan Yahudi. Salah satu alasan supaya tidak dijajah oleh Yahudi dan Freemason. Dalam masa yang sama golongan anti Freemason melancarkan pelbagai kempen untuk menanam sifat kebencian masyarakat Islam terhadap Yahudi dan Kristian, sebagai contoh, mencadangkan supaya orang Islam tidak menyediakan ketupat dan lemang semasa sambutan aidilfitri dengan alasan corak anyaman ketupat serupa dengan corak mimbar Pope di Vatican Citi sementara lemang dikatakan serupa dengan susunan tiub piano yang dimainkan di gereja orang Kristian. Adakah ini satu bentuk pendidikan yang bermoral? Bukankah ini melambangkan golongan anti Freemason sangat fobia kepada Kristian? Tapi pada masa yang sama mereka mengatakan orang Kristian fobia kepada Islam. Akhirnya hakikat yang melanda negara sekarang ini, bukan Yahudi atau Freemason yang mencoroboh dan menawan sebuah pulau di Lahad Datu sebaliknya pasukan bersenjata dari kepulauan selatan Filipina yang mengaku sebagai pejuang Islam. Kesimpulan awal bermaksun bukan Yahudi, bukan Freemasoon dan bukan Kristian yang menjadi ancaman kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Ancaman sebenar adalah dari golongan Islam yang mengaku penegak syiar Islam di Nusantara. Persoalannya, mereka adalah Islam, Malaysia adalah negara Islam, kenapa konflik ini timbul di kalangan sesama Islam? Apapun jangan sampai kemelut kepimpinan di benua Arab yang didominasikan oleh Islam menular di rantau Asia Tenggara. Kenapa ada kemelut dan peperangan sesama Islam?

      • YAHUDI adalah adalah lambang kelangsungan hidup manusia sejagat sejak zaman para nabi, justeru kerana itu ramai bangsa di dunia cemburu.

    • tu la namanya Yahudi menggunakan hidden hands utk membuatkan org Islam sesama Islam bergaduh/berperang/menyerang negara laen..contoh insiden lahad datu, mcm mana pengganas boleh ada senjata berat yg maha l& bot berenjin kapasiti tinggi..??? mereka ni semua org yg miskin dan daif..mana dtgnya duit utk mereka membeli senjata dan peralatan ni semua??? pasti ada pihak2 tertentu yg menaja mereka..persoalannya siapa yg menaja mereka??? fikir-fikirkan..

      • panji timur…al qaeda adalah kumpulan pengganas yang mempunyai keupayaan kewangan, persenjataan, teknologi komunikasi dan kepakaran yang tinggi, anda juga mengetahui bahawa penceroboh yang menceroboh di lahad datu adalah pengganas yang ada kaitan dengan pengganas abu sayyaf dan morro yang kesemuanya ada hubungan dengan rangkaian al qaeda, jadi sudah tentu pihak yang membiayai pencerobohan di lahad datu adalah rangkaian pengganas seperti al qaeda.

    • Kita akan terus berfikir dan berfikir bukan untuk menimbulkan ketegangan tetapi untuk mencorak satu titik pertemuan yang menjurus kepada perdamaian, perkongsian kehidupan yang harmoni berbumbungkan langit yang sama, langit ciptaan Tuhan dan berpijak di bumi yang satu, bumi ciptaan Tuhan, menghirup
      udara yang sama, udara ciptaan Tuhan.

  5. quoting callybambang :
    “Satu perkara saya nak tanya, apa sudah jadi dengan persengketaan antara Sunni dan Syiah? Persengketaan ini ujud seawal 700 tahun selepas kemangkatan baginda Nabi Muhammad S.A.W sehingga hari ini yang telah meragut jutaan nyawa dan di antara kedua belah pihak ini masing-masing mengaku sebaik-baik agama dalam nada peperangan tanpa memikirkan satu jalan penyelesaian yang boleh menyatukan kedua-dua mahzab ini”

    Syiah tu adalah ajaran sesat yg diwujudkan oleh seorg Yahudi yg bernama Abdullah bin Saba’ yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).

    Jadi sudah terang lagi mengapa Yahudi mewujudkan fahaman syiah..mereka mahu memecahbelahkan umat Islam..iu sahaja yg dpt menghalang Islam daripada terus berkembang pesat.kuat dan di hormati..

    by the way, Syiah bukan satu mazhab..ianya merupakan satu fahaman yg sesat.. Islam sudah mempunyai 4 mazhab yg benar hambali/maliki/hanafi/syafie..

    • ….panji timur…kalau Islam itu adalah agama yang paling sempurna, paling benar, paling suci dan agama pilihan Tuhan tidak mungkin penganut Islam itu terpesong akidah walaupun ada bangsa yang menceroboh masuk kedalam Islam, kalau berlaku seperti yang panji timur katakan itu maka panji timur boleh mencari jawaban dan sebab kenapa perkara yang panji timur katakan itu berlaku dalam Islam….satu hal yang jelas dan nyata bahawa penganut Syiah juga mengatakan Islam selain Syiah adalah kafir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s