Ulang Tayang: Untuk Penyokong PKR (6)

Oleh rmf

Anwar arahkan Mustafa Kamil Ayub balun Rahimi

By aidc editor on October 11, 2010 10:26 AM
Oleh x-pkr 

1. Saya sempat meneliti selangordaily yang telah menyiarkan akaun bersumpah kedua Rahimi Osman. Jika ia benar sperti dicerita, kita harus mengutuk perbuatan AnWAR, Saiful Izham, Latheefa Koya serta Yusmadi Yusuf atas tindakan tidak beretika mereka. Tambahan pula mereka mengetahui bahawa AnWAR sememangnya penipu besar!
2. Khabarnya, sekembali saja AnWAR dari luar negara, beliau terus memanggil beberapa personaliti dalam PKR secara berasingan. Antaranya adalah Mustafa Kamil Ayub. AnWAR mahu Mustafa mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kemasukan Rahimi Osman ke dalam PKR bagi menimbulkan persepsi Rahimi memang sengaja dihantar oleh UMNO/BN.

3. Kenapa Mustafa Kamil? Ini kerana pimpinan tertinggi lain dalam PKR telah tercalar reputasi mereka. Saifuddin yang diharapkan telah gagal dalam misinya memujuk bapa Rahimi, bahkan Saifuddin kini dilihat tidak lebih dari pecacai pencuci najis yang ditinggalkan AnWAR. AnWAR perlukan imej ‘orang baik’ bagi menyerang kredibiliti Rahimi.

4. Mahu bersandar kepada sahabat ABIM yang senior, nanti banyak pula soalan kepada AnWAR. Sahabat-sahabat JIM boleh dipersoalkan kesetiaan mereka kepada AnWAR kerana mereka tetap mendengar cakap ketua mereka yang kini berada dalam PAS. Maka Mustafa adalah calon terbaik, selain Mustafa sendiri ghairah mahu mendapat sokongan PKR.

5. Kerana ghairah mahu ‘dilihat’ kuat mempertahankan AnWAR, Mustafa Kamil bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan. Malaysiakini yang pro AnWAR giat memberi ruang kepada Mustafa hingga beliau ‘naik syok’. Mustafa barangkali lupa beliau banyak kali telah ‘dimainkan’ oleh AnWAR dan sekutunya dalam percaturan politik PKR.

6. Jika beliau mahu mempersoalkan Rahimi, maka Mustafa juga wajar mempersoalkan kemasukan Annuar Tahir dan Dr. Ghazali Basri dari ABIM yang terlebih dahulu meninggalkan PKR kerana tidak yakin dengan perangai AnWAR. Annuar Tahir (kini menyertai PAS) hingga kini secara ikhlas menceritkan perangai putar belit AnWAR sebagai ahli politik!

7. Bagaimana AnWAR-Azmin tidak boleh dipisahkan tetap menjadi topik Annuar Tahir apabila bercerita tentang PKR. Ini adalah pengalaman beliau semasa menjadi Setiausaha Agung PKR yang pertama. Kenapa Mustafa tidak mahu mengatakan Annuar Tahir dihantar oleh UMNO untuk menyertai PKR dan kemudian keluar lalu mencerita perangai AnWAR?

8. Buat Mustafa Kamil, percayalah, diri saudara kini sedang dimanipulasi sepenuhnya oleh AnWAR dan Azmin. Azmin jauh sekali mahu menjawab dakwaan Rahimi kerana tidak mahu kebenaran semakin terbongkar. AnWAR juga mahu berlagak ‘macho’ walhal sudah menggelabah mencari alasan menepis dengan Azizah.

Hanya Mustafa Kamil saja di kalangan imej ‘orang baik’ yang sudi menyerang Rahimi, itupun dengan harapan bakal meningkatkan sokongan ahli PKR terhadapnya kerana kuat membela AnWAR dalam isu ini……

x-pkr

Siapa pula bawa Rahimi masuk pejabat PKR?’

Terdapat persoalan ‘misteri’ yang tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR tentang Rahimi Osman, iaitu siapakah yang membawanya masuk ke ibu pejabat PKR?

“Kita sudah tahu, Rahimilah dalang membawa (Mohd) Saiful Bukhari (Azlan) menjadi salah seorang pegawai khas Anwar.

“Tetapi, persoalan yang lebih penting yang tidak pernah kita semua perbincangkan, siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR dan menjadi pegawai khas Anwar?” soal naib presidennya Mustaffa Kamil Ayub.

Minggu lepas, Rahimi – bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim – mendakwa beliau dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful – kedua-duanya juga pemimpin PKR – bagaimanapun menafikannya. Mereka sebaliknya mendakwa akuan bersumpah itu dibuat secara sukarela.

Dalam satu kenyataan semalam, Musaffa berkata, alangkah liciknya mainan “pembesar-pembesar Umno sehingga anggota parti pun tidak dapat menghidu rancangan busuk dan tidak bermaruah ini”.

“Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah,” dakwa Mustaffa yang juga pengerusi PKR Perak.

Beliau juga mendawa Rahimi tampil mengatakan dipaksa menamakan Najib dan Rosmah dalam akuan bersumpahnya semata-mata untuk melindungi kepentingan kedua-dua mereka.

“Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini,” kata Mustaffa sambil mempertikaikan kenapa Rahimi “beriya-iya” mahu memadamkan nama itu sekarang.

“Tidakkah kita hairan, mengapa Najib-Rosmah begitu berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama kedua-dua peribadi itu dalam akuan bersumpahnya,” katanya.

malaysiakini

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: