Mana lebih Penting: Kajian sikap Pemimpin atau Pengundi?

oleh rmf

Hitam, putih dan kelabu  itu adalah warna warna sinomin bagi kumpulan kumpulan yang dikenal pasti oleh bancian untuk pengundi atau kajian keatas sikap sikap pengundi didalam sesuatu kawasan. Kajian ini amat perlu untuk mengenal pasti kekuatan penyokong atau pengundi apabila berlakunya pilihanraya .

Kajian keatas sikap ini  sering kali berubah ubah mengikut situasi politik, pemimpin dan hala tuju  pemerintahan sesuatu tempat, negeri atau negara. Kenapa ini berlaku, ini adalah kerana sikap dan citarasa , atau perasaan pengundi memainkan peranan menentukan semua ini.

Perubahan perubahan perilaku atau sokongan ini pada kebiasaannya dipengaruhi oleh sikap pemimpin yang memerintah. Acap kali kita lihat dan perhatikan hanya kajian sikap pengundi yang dijalankan, mengapa tiada kajian sikap keatas kepimpinan? bukan kah perubahan sikap pengundi berlaku apabila berlakunya kepincangan daripada  sudut kepimpinan?

Adalah sangat malang juga kita lihat, penilaian sikap keatas pengundi dibuat oleh  orang orang  tertentu sahaja  dengan membuat konsep ramalan pada keadaan sebelumnya- Sebagai contoh: jika dikatakan  pada PRU 12 dahulu mereka ini telah dikenal pasti menyokong pembangkang pada saluran 3 dan 2 -

Disni kita seharusnya melihat , atas dasar apakah perubahan ini berlaku- adakah kerana perubahan ideologi atau hanya perubahan sikap memprotes undi terhadap kepimpinan. Jadi untuk meletakkan pengundi sedemikian berada di kategori pembangkang dan atas pagar adalah tidak logik- Ini adalah disebabkan bahawa situasi semasa yang telah menyebabkan  pengundi bertindak sedemikian.

Secara jelas kita melihat bahawa perubahan sikap pengundi dipengaruhi oleh sikap pemimpin  yang  berkuasa pada saat itu. Jadi oleh yang demikian disini jelas menunjukkan bahawa kajian sikap terhadap kepimpinan juga seharusnya dilakukan bersama untuk menentukan calun calun yang layak bertanding untuk merealisasikan apirasi rakyat.

Kerajaan seharusnya mengambil sikap mengenal pasti pemimpin yang sanggup berpanas dengan pengundi bukan hanya  mahu dibentangkan dengan permaidani merah. Peminpin yang hanya mementingkan  diri tanpa mempeduli kan pengundi juga dilihat sebagai penyebab berlakunya perubahan sikap ini.

Disini kita harus melihat secara meluas bahawa kajian sikap ini  seharusnya dilakukan pada setiap masa dan ketika  untuk memastikan proses kepimpinan yang dijalankan berada diatas landasan yang sebenarnya, bukan hanya ketika untuk menghadapi pilihanraya.

Melalui satu contoh  yang telah berlaku baru baru ini, sebanyak 4 juta lebih daripada penduduk yang boleh mendaftar sebagai pengundi masih lagi tidak berbuat demikian terutamanya dikalangan orang orang melayu. Persoalannya disini mengapa perkara ini boleh berlaku- Jawapan yang amat mudah saya berikan ialah sikap  kesedaran terhadap tangguung jawab diri kepada negara  telah tersemai didalam hati mereka. Persoalan kedua pula- bagi pihak  pemimpin tidak kira di peringkat mana sekali pun adakah ini bukan merupakan tugasan mereka?

Satu kajian telah dilakukan di Johor dimana  untuk mengenal dan mengkaji sikap pengundi didalam sesuatu kawasan.

Seramai 209 orang responden yang terdiri daripada warganegara yang berumur 22 tahun hingga 40 tahun di Johor telah terlibat dalam kajian ini. Jawapan soal selidik telah dianalisis menggunakan SPSS.

Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada profil khusus di kalangan responden yang tidak mendaftar.Mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan, pelbagai peringkat umur, pelbagai tahap pendidikan, semua bangsa, agama, dan sama ada tinggal di bandar atau luar bandar.Selain daripada itu, faktor-faktor peribadi, sistem pendaftaran, infrastruktur, dan maklumat telah menyumbang kepada sebab-sebab responden tidak mendaftar.

Namun demikian, kajian ini juga mendapati bahawa tahap pengetahuan responden adalah tinggi mengenai kelayakan sebagai pengundi, hak mendaftar, dan tanggungjawab mengundi sebagai warga negara.

Selanjutnya, penemuan lain ialah responden mencadangkan lima tempat terbaik pendaftaran iaitu balai raya, kaunter bergerak, pejabat pos, balai penghulu,dan pejabat SPR. Majoriti responden bersetuju bahawa mereka akan mendaftar sebagai pemilih kelak

Didalam situasi diatas, apakah yang seharusnya dilakukan oleh pemimpin kawasan tersebut, badan badan penerangan untuk menarik semula  responden yang layak untuk mendaftar?

Apa yang ingin dikemukakan ialah jawatan pemimpin khusus dalam institusi formal atau organisasi bagi meneliti sejauh mana keberkesanan kepemimpinan kita itu.

Dalam sebuah organisasi atau institusi formal, jawatan pemimpin dikurniakan kepada seseorang apabila dia layak bagi memikulnya. Tidak pantas bagi seseorang itu mahu terus memegang atau meminta kerusi kepemimpinan

Perkara yang perlu kita ingat adalah seseorang itu tidak dilahirkan sebagai pemimpin. Malah sifat menjadi pemimpin itu perlu dibentuk dan untuk menjadi pemimpin, seseorang harus melalui pelbagai proses dan pelbagai bentuk latihan.

Proses pencanaian yang harus dilalui kadangkala memakan masa cukup lama, jalannya pula kadangkala penuh berliku. Hanya mereka yang sanggup melalui proses perit itu akan menjelma menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati.

Laksana sebutir berlian dari perut bumi yang harus dipotong mengikut segi tertentu. Bukankah kilauannya hanya akan terserlah dan menyilaukan mata yang memandang selepas batu kasar yang asal itu digilap sepenuhnya?

Sering kali, pemimpin akan berdepan dengan situasi membingungkan ketika menjalankan tugas atau berhadapan dengan orang di bawah tanggungjawabnya. Apakah segala kecelaruan itu akibat kedegilan, anak buah yang bermasalah, atau puncanya daripada sikap diri kita sendiri.

Sesuai dengan hal ini, diperturunkan suatu ungkapan:

Si perungut akan mengomel mengenai angin kencang yang bertiup,

Si periang akan duduk menunggu angin berubah arah atau memperlahankan pukulannya,

Si pemimpin sebenar akan mengubahsuaikan labuhan layarnya

Apakah pula kepemimpinan dan bagaimana memupuk kepemimpinan diri secara berperingkat dan kaitannya dengan sikap kita? Mari kita selidik bagaimana kita boleh ‘mengubah suai labuhan layar’ itu.

Nick Pollice memperkatakan lima tahap kepemimpinan yang boleh dijadikan neraca bagi menilai keberkesanan kepemimpinan kita antaranya:

1-Pemimpin tahap satu, kepemimpinan berasaskan kedudukan.

Pada tahap ini, kita perlu tahu orang hanya mengikut kepemimpinan itu disebabkan terpaksa dan keadaan memaksa. Bermakna kepatuhan dituntut daripada pengikut secara disebabkan pemimpin berada di situ kerana dilantik pihak tertentu.

Memandangkan kerusi yang disandang dan dipegang, bukan disebabkan memiliki bakat kepemimpinan, maka jika ditolak kerusi itu, maka pemimpin berkenaan akan jatuh tersungkur.

Betapa ramai daripada manusia yang jika tidak memegang lagi sesuatu jawatan, orang tidak lagi datang mencari, bermakna hadirnya tidak dirasai, hilangnya juga tidak dirindu. Banyak perkara yang perlu dipelajari dan dilakukan jika kita berada pada tahap kepemimpinan ini.

2-Pemimpin tahap dua, kepemimpinan berasaskan rasa hormat.

Orang bawahan sedia mengikut pemimpin itu disebabkan suka dan rela. Sikap ambil berat, memahami dan mampu melihat sesuatu daripada kaca mata orang lain membina rasa hormat kepada pemimpin itu.

Tahap ini adalah asas kepada kepemimpinan sejati dan permulaan bagi pembinaan seseorang pemimpin. Seseorang yang berpotensi menjadi pemimpin yang baik semestinya memiliki syarat minimum ini.

3.-Pemimpin tahap tiga, kepemimpinan berasaskan hasil kerja.

Pada tahap ini, pemimpin sudah mempunyai pengikut kerana mereka sudah nampak hasil yang diperoleh. Keyakinan pengikut akan bertapak. Pencapaian diri yang diperoleh dan juga kecekalan hati pada pemimpin membuahkan barisan pengikut yang jelas tujuan dan matlamat ingin dicapai.

Pemimpin pada tahap ini akan dapat menambat hati pendukung untuk berdiri di belakangnya. Pengikut akan berbakti, berusaha dan bekerja dengan rasa senang dan gembira. Ia sudah tentu menguntungkan terutama jika suasana itu dapat diwujudkan dalam sesebuah organisasi.

4-Pemimpin tahap empat, kepemimpinan berasaskan pembangunan manusia.

Jika pemimpin berjaya mencapai ke tahap ini, kita akan dapati pengikut sanggup melakukan apa saja dengan sepenuh jiwa raga. Pengikut sangat patuh, taat dan setia. Apatah lagi jika pemimpin itu dapat memupuk dan membentuk sekelompok manusia yang juga mempunyai bakat kepemimpinan, saling melengkapi kekurangan yang ada pada diri pemimpin itu sendiri.

5-Pemimpin tahap lima, kepemimpinan berasaskan bimbingan secara langsung (berperanan sebagai mentor)

Jika seseorang pemimpin itu berada pada tahap ini, ia dianggap berjaya kerana dirinya membekas di hati orang di sekelilingnya.

Kata-kata pemimpin itu sentiasa menjadi ikutan dan dirinya sentiasa dirujuk walaupun dia tidak lagi menduduki sesuatu kerusi, mahupun menyandang apa-apa jawatan dalam organisasi asalnya.

Pemimpin pada tahap ini adalah ‘role model’ dan amat disegani. Maka pada ketika ini, kehadiran diri pemimpin itu disenangi dan dihargai. Sebaliknya, tiadanya dia akan dirasa sebagai kehilangan dan amat dirindui.

Ia bertepatan dengan fakta hasil kajian yang diterbitkan dalam majalah Fortune. Hasil kajian itu mendapati ciri ketua yang paling berkesan adalah orang yang mahir dan mampu mendorong orang bawahannya

Jadi kesimpulan yang kita dapati disini ialah bahawa kepimpinan dan pemimpin akan mencorakkan setiap  perubahan yang berlaku didalam bentuk sokongan dan  seharusnya  kajian  berterusan terhadap pemimpin  dilakukan untuk mengekalkan sokongan dan menjadikan pemimpin tersebut adalah  pemimpin yang ulung bagi menjanakan satu bentuk pemerintahan yang kuat.

Akhir sekali pemimpin yang tertolak oleh rakyat dan pengundi ialah pemimpin yang membelakangkan semua itu dan mementingkan diri dalam semua aspek dan tidak  pernah untuk membuat penilaian sikap  diris endiri dan hanya  mencarai kesalahan pengundi apa bila berlakunya kekalaha didalam apa juga pertandingan.

Pemimpin seperti ini adalah dinamakan pemimpin yang menduduki  kerusi hanya untuk kekayaan, rasuah dan korupsi.

Pada hemat saya jika tidak dapat 100% pemimpin yang sedemikian, sekurangnya kita masih lagi mempunyai 70% sifat dan sikap kepimpinan didalam dirinya

About these ads

2 thoughts on “Mana lebih Penting: Kajian sikap Pemimpin atau Pengundi?

  1. Leka

    Itulah tajuk yang sesuai kepada Pemimpin UMNO dan BN kini , atas sikap dan sifat merasa selesa dengan keadaan semasa membuat mereka rasa amat selesa . Mungkin isu perbicaraan DSAI mungkin memberi gambaran seolah masyarakat menyokong BN , namun hakikat kajian sikap pengundi sentiasa berubah mengikut halatuju pemimpin kawasan tersebut .

    Jika dahulu pemimpin yang di lahirkan adalah sebenar-benarnya peminpin yang meminpin untuk kemajuan masyarakat . Namun kini yang jelas nampak ramai peminpin yang hadir hanyalah untuk meminpin kekayaan untuk diri sendiri dan juga kroni yang ada di sisi yang mana inilah punca dalam PRU yang lalu BN hampir tewas.

    Kajian sikap pengundi mungkin penting kepada peminpin untuk mengetahui sejauh mana sokongan kepadanya dan parti . Namun kajian sikap pemimpin adalah lebih penting kerana jika silap memilih pemimpin bahanalah parti .

    Pahit atau tawar inilah hakikat yang perlu di terima oleh Pemimpin Atasan UMNO dan BN . Ubahlah stratergi supaya PRU yang akan datang BN kembali bangkit .

    Sebenarnya Pengundi TIDAK menolak BN tapi menolak calun BN kerana BN gagal menjalankan kajian sikap calun atau pemimpin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s