Siapa Anwar Ibrahim 6: Disebalik Tabir IIIT (2)

Oleh rmf

Sumber AIDC

Dua peristiwa yang masih menjadi misteri sampai ke hari ini adalah peristiwa kebakaran pejabat IIIT Malaysia di kampus UIA Petaling Jaya dan Rektor UIA, Abdul Hamid Sulaiman, warganegara Amerika Syarikat. Beliau bersama Anwar Ibrahim merupakan salah seorang pengasas IIIT di Virginia, Amerika Syarikat. Sebenarnya pelantikan Abdul Hamid Sulaiman sebagai Rektor UIA dibuat sejurus Anwar Ibrahim dilantik sebagai Presiden UIA menggantikan Tun Hussein Onn (allahyarham) pada Julai 1988. Ketika itu juga Anwar adalah Menteri Pendidikan Malaysia. Klik di sini dan di sini

Selain Abdul Hamid, seorang lagi pengasas IIIT, Dr Jamal Barzinji turut dilantik Anwar sebagai pensyarah UIA. Jawatan terakhir Jamal adalah Dean, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and HumariSciences pada Januari 1998. Klik di sini dan di sini

Abdul Hamid seorang yang misteri. Dilahirkan di Arab Saudi dan pernah menjadi Pengerusi Jabatan Sains Politik Universiti Raja Saud, sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau antara yang terlibat dalam penganjuran World Muslim Leage (WML) di Arab Saudi yang seterusnya mewujudkan penubuhan WAMY (World Assembly of Muslim Youth). Pada tahun 1973-1979, beliau merupakan Setiausaha Agung WAMY Klik di sini dan di sini

Tulisan sebelum ini pernah mendedahkan bahawa World Muslim Leage di Jeddah pada tahun 1962 adalah hasil kerjasama CIA dengan kerajaan Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi menggunakan tenaga-tenaga inteletual dari universiti terutamanya King Saud dan King Abdul Aziz, manakala CIA pula bersembunyi identiti di sebalik syarikat petroleum US-Arab bernama ARAMCO. Hasil persidangan ini maka WAMY ditubuhkan pada tahun 1972. Dan melalui WAMY, ditubuhkan pula IIIT pada tahun 1981. Klik di sini dan di sini

Di UIA, selain Anwar mengimport tokoh-tokoh IIIT, beliau juga turut melantik tokoh feminin bernama Amina Wadud. Amina, seorang tokoh Islam Liberal dari Amerika Syarikat telah diambil kontrak mengajar dari tahun 1989 hingga 1993.

Kompilasi pendedahan peristiwa misteri tersebut pernah dibukukan oleh Johari Ismail dalam bukunya “Enigma Politik Anwar, Igauan atau Realiti”, terbitan R&S Founder Vision, 1999.


Dari kiri Dr Jamal Barzinji, Anwar Ibrahim dan Dr A. Hamid Abu Sulaiman pengasas IIIT, badan pemikir Islam dari Amerika Syarikat


Dr Jamal Barzinji (kanan) pelobi imej Anwar di Amerika Syarikat

Walaupun dalam buku ini penulis menyamakan IIIT adalah cabang daripada Ikhwan Muslimin Mesir, tetapi saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Saya telah menjelaskan pendapat saya berkenaan perbezaan IIIT yang ditubuhkan oleh Ismail Al Faruqi(allahyarham) , Anwar Ibrahim, Jamal Barzinji, Abu Hamid Sulaiman di Amerika Syarikat (1981) dengan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan Al Banna di Mesir (1928).

Saya mempunyai hipotesis sendiri berkenaan perbezaan di antara kedua badan ini. Rujuk artikel sebelum ini. Klik di sini

Anak perempuan Abu Hamid Sulaiman, Muna Abu Sulaiman. Beliau merupakan Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal Foundation, merupakan pensyarah kesusasteraan Amerika Syarikat di King Saud University, Arab Saudi. Dia terlibat aktif dalam National Council on US-Arab Relations dan Foundations for Change in the Arab World.

Prince Alwaleed Bin Talal Foundation : Pemain di belakang tabir adalah IIIT, Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Foundation menubuhkan CMCU (Center for Christian and Muslim Understanding) . Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no 2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri) dan Alexa Poletto (duduk no 3 dari kiri). CMCU adalah tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat.

Berikut merupakan cerita di sebalik tabir kedua-dua peristiwa tersebut yang dipetik dari buku tersebut :

Insiden Kebakaran IIIT

Persoalan serta kontroversi yang ditimbulkan oleh kehadiran IIIT di Malaysia mula terserlah ekoran satu insiden kebakaran yang berlaku di pejabatnya yang terletak di komplek kampus UIA Petaling Jaya.

 

Dalam kejadian yang dilaporkan pada awal pagi itu, beberapa dokumen milik badan berkenaan musnah, walaupun bangunan yang didudukinya hanya mengalami kerosakan kecil. Ekoran insiden kebakaran itu, pada keesokan harinya, polis daerah Petaling Jaya menahan tiga orang penuntut universiti berkenaan, termasuk seorang penuntut warganegara Bosnia-Herzegovina dalam lingkungan umur 20-an serta seorang kakitangan UIA kerana disyaki mengakibatkan kebakaran tersebut.

Dan setelah siasatan terperinci dilakukan terhadap ketiga-tiga orang pelajar tahun kedua universiti berkenaan, polis turut menahan seorang lagi penuntut selang beberapa hari kemudian.

Menurut kenyataan polis yang dikeluarkan sejurus selepas insiden tersebut, kebakaran yang berlaku pada 3.15 pagi itu disengajakan. Ini ekoran terjumpanya satu bekas plastik yang mengandungi kesan-kesan minyak tanah dan petroleum serta segulung lingkaran ubat nyamuk separuh terbakar yang disyaki digunakan untuk menyalakan api.

Walaupun ketika dihubungi untuk tujuan mendapatkan maklumat bagi penerbitan buku ini, seorang jurucakap polis daerah Petaling Jaya enggan memberikan maklumat mutakhir tentangnya tetapi sumber-sumber keselamatan negara mempunyai sebab yang kukuh untuk mempercayai kebakaran tersebut adalah akibat perselisihan faham sesama kalangan anggota dan penyokong IIIT itu sendiri yang terdiri dari kalangan penuntut dan tenaga akademik UIA.

Kontroversi kehilangan Rektor UIA

Kehadiran sayap Al Ikhwan, yakni IIIT di Malaysia melalui operasinya yang berpusat di UIA menjadi tanda tanya apabila terhenti secara mendadak operasinya sejurus selepas Anwar disingkir dari kabinet dan UMNO.

Ekoran pelucutan jawatan Anwar pada September 1998, kakitangan pejabat IIIT-kebanyakan terdiri daripada kakitangan universiti berkenaan-tiba- tiba diarahkan tidak lagi hadir ke pejabat seperti biasa.

Bagaimanapun, beberapa orang kakitangan UIA yang dihubungi oleh penulis mengesahkan perkara berkenaan tidak begitu pasti terhadap apa yang sebenarnya berlaku ke atas operasi badan IIIT ini.

Ada yang mengatakan bahawa operasinya telah dipindahkan secara terburu-buru ke Jakarta dan diletakkan di bawah kelolaaan Indonesian Centre for Muslim Intellectuals( ICMI).

Perlu juga rasanya disebut di sini bahawa seperti juga Anwar, beberapa orang tokoh pemimpin Islam Indonesia-terutamny a Presiden Bacharuddin J Habibie dan seterunya dalam pergerakan reformasi yang menggulingkan Presiden Suharto pada Mei 1998, Amien Rais- adalah dikenal pasti sebagai tokoh cendikiawan reformis Islam yang terlibat dengan ICMI serta mempunyai perhubungan rapat dengan IIIT.

Kontroversi di sebalik pemberhentian segala aktiviti IIIT di UIA ini menyerlah pula nama Rektor UIA berketurunan kacukan Arab Saudi dan Mesir, Abdul Hamid Sulaiman yang dikatakan sebagai orang terpenting, selain daripada Anwar, di sebalik kehadiran IIIT di Malaysia.

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi, mahupun penjelasan diberikan terhadap tindakan yang dilakukan secara mendadak ini, tetapi apa yang pasti adalah keputusan tokoh cendekiawan Arab ini menggantung aktiviti badan berkenaan di Malaysia ada kena mengena dengan kemelut politik yang dihadapi Anwar.

Abdul Hamid yang lebih dikenali di kalangan masyarakat cendekiawan Islam antarabangsa sebagai penganjur utama sejenis fahaman Islam reformis berkiblatkan Amerika Syarikat atau ‘Islam Protestan’, dikatakan telah mengambil tindakan meninggalkan negara ini secara terburu-buru atas alasan menghadapi masalah kesihatan.

Bagaimanapun menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, ketika berada di luar negara, rektor UIA ini bergiat cergas menggunakan pengaruhnya di kalangan cendekiawan serta ahli politik Islam di Kuwait, Mesir dan Amerika Syarikat menjalankan kempen menyokong bekas Timbalan Menteri Malaysia itu.

Kesemua aktiviti yang dilihat sebagai mencampuri urusan politik di negara ini dilakukan tokoh cendekiawan Arab ini walaupun secara rasminya beliau masih memegang jawatan Rektor UIA. Tempoh perkhidmatan Abdul Hamid sebagai rektor universiti berkenaan berakhir pada Januari 1999.

About these ads

One thought on “Siapa Anwar Ibrahim 6: Disebalik Tabir IIIT (2)

  1. Pingback: Penyokong PKR WAJIB Menentang…Bahagian 1 « http://rmf7.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s