Pembinaan Negara Bangsa

Oleh rmf

Negara bangsa adalah satu ‘set orang dengan identiti yang sama yang telah membentuk negara politik sendiri atau biasanya berhajat sedemikian'(Viotti and Kauppi, 2001). Dalam maksud negara geografi ini, rujukan adalah lebih bercirikan satu kumpulan yang mempunyai asal yang sama dari segi etnik, bahasa, agama, atau sejarah, secara betul atau salahnya.

Istilah ini menjadi sinonim dengan negara geografi dengan negara bangsa tampa kedaulatan (iaitu negara bangsa tampa negara politik) bertujuan menanggap diri mereka sebagai sama taraf dengan negara berdaulat. Yang lainnya, termasuk nasionalis, mungkin menggangap satu negara bangsa atau geografi dibahagikan kepada beberapa negara politik

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. “Negara” (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala “bangsa” ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah “negara bangsa” menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai – yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

Akibat kekaburan dalam perkataan “negara”, istilah “negara bangsa” kadangkala disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada sempadan politiknya menyamai sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya. Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai percubaan membezakan “negara bangsa” daripada “negara” (negeri) yang menganggotai sesebuah sistem persekutuan.

Untuk menjayakan konsep negara bangsa ini, adalah teramat penting pihak kerajaan mempunyai kerangka yang tersendiri untuk dijadikan asas kepada pembinaan negara bangsa. Kerangka ini  seharusnya menjadi petunjuk kearah matlamat tersebut. Di Malaysia, Pelembagaan Malaysia adalah merupakan satu kerangka untuk  mencapai maksud negara bangsa.

Didalam membina negara bangsa, kebebasan dan tanggung jawab seharusnya diterapkan kepada setiap warganegara agar dapat menjadikan ianya bukan sekadar kebebasan tanpa sempadan. kebebasan ini perlu untuk menyatakan pandangan, kritikan dan juga bersuara didalam semua aspek menjadikan sebuah entiti itu lebih terbuka didalam meberi dan menerima setiap sudut pandangan.

Kebebasan ini seharusnya digunakan dengan penuh rasa tanggungjawab agar ianya akan menjadikan individu atau warganegara tersebut bersedia untuk menerima implikasi atau kesan daripada pandangan yang diberikan.Kebebasan ini jika tidak diberikan akan menjadikan satu situasi yang tidak menyenangkan dikalangan warganegara ianyan akan menjadi tidak demokrasi didalam kebebesan bersuara.

Diantara aspek yang terpenting didalam membina negara bangsa ialah :

Memperkasa kan bahasa Kebangsaan ialutu Bhasa Melayu

Memantapkan perpaduan dan intergrasi nasional

Memupuk rasa kecintaan terhadap sejarah negara, kesenian , warisan dan  budaya bangsa

Membina Jati diri, semangat nasionalisme  didalam diri setiap individu warganegara

Oleh yang demikian untuk merealisasikan matlamat tersebut didalam pendidikan pula seharusnya memainkan perananan didalam memberikan kefahaman tentang latar belakang, proses dan perkembangan negara supaya nilai nilai murni yang terkandung didalamnya dapat dihayati dengan sepenuhnya.

Dengan itu ianya akan dapat membina satu kelompok masyarakat Malaysia yang emmpunyai nilai nilai moral dan keperibadian yang tinggi serta berpegang teguh kepada nilai nilai amalan agama yang dianuti  tanpa mengira ras dan warna kulit. Konsep negara bangsa ini juga akan membentuk masyarakat  supaya mempunyai keyakinan yang teguh terhadap kemampuan dan kebolehan diri sendiri bagi menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang bakal ditempuhi. Akhirnya akan meninggalkan sebuah  negara yang cemerlang dan gemilang untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Bagi membina negara bangsa ini, nilai nilai kenegaraan yang tinggi perlu disemai didalam setiap sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum  bagi memperjuangkan keamanan dan mencapai matlamat Wawasan 2020 sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Walau bagaimana pun adalah amat sukar untuk kerajaan Malaysia untuk membentuk  Malaysia sebagai sebuah negara bangsa. Oleh itu semua pihak seharusnya memainkan peranan masing masing dan harus konsisten bagi memastikan pembentukan negara bangsa tercapai dan menujuk kearah negara maju.

 

About these ads

3 thoughts on “Pembinaan Negara Bangsa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s