PDRM, Suhakam, Majlis Peguam

Oleh rmf

Hari ini aku terbaca di topik bagaimana tindakan PDRM dipertikaikan didalam menjaga keselamatan daripada penjenayah yang mana semakin hari semakin membimbangkan. Tindakan PDRM ini telah mendapat perhatian daripada pihak Suhakam dan majlis peguam yang dikatakan  menyalahi hak hak asasi kemanusiaan.

Mari kita lihat laporan PDRM kepada Suhakam dalam isu insiden Bandar Mahkota Cheras pada 27 Mei 2008.

Link: Laporan PRDRM

Jika sampai tahap sedemikian tindakan. pada hemat saya adalah wajar bagi pihak polis membuat tindakan untuk mempertahankan diri, jika dalam situasi ini, Suhakam masih lagi mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh PDRM.

Link lagi : Isu Penghadang Jalan

Ini belum lagi soal dalam membenteras jenayah  yang melibatkan nyawa anggota polis, adalah diharapkan pihak suhakam akan berfikir dengan lebih matang lagi didalam menjalankan tugasan sebelum menurut segala akta yang terkandung, sebagaimana yang dibincangkan didalam Forum mykmu.net adalah tidak wajar perkara ini berlaku.

Dicadangkan selepas ini, jika pihak Suhakam atau Majlis peguam  masih lagi mempertikaikan segala tidakan PDRM didalam menjalakan tugasan mereka adalah wajar bagi pihak Suhakam dan seangkatannya  berada dibarisan  hadapan  didalam membenteras jenayah dan pasukan Polis di barisan kedua. 

Dengan cara ini, aku rasa laa.. pihak Suhakam akan tahu betapa bahaya nya kerja sebagai seorang anggota polis untuk memastikan ketenteraman dan keamanan rakyat Malaysia.

Didalam isu  di Perak , kita melihat bagaimana campur tangan Suhakam didalam isu kemanusiannya.

Link : Apakah Suhakam Masih Relevan

Link : Polis & Suruhanjaya

Jika kita lihat dalam video ini, punya la baiknya budi bicara polis terhadap orang yang telah melakukan kesalahan, tetapi kerasa kepala diorang tu, membuat polis terpaksa mengambil tindakan dan tindakan tersebut dimanipulasikan didalam politik.

Salah Polis juga… nak buat camner????

2 Responses

  1. Inilah hasil politik pembangkang yang tidak matang . Apa sahaja yang berlaku walaupun salah mereka sendiri pihak lain yang akan di salahkan .

    Mereka bukan tidak tahu undang-undang tapi mereka mempermainkan undang-undang yang ada. Kerana mereka tahu mereka hanya mahu mengekplotasi apa yang berlaku kepada masyarakat . Simpati masyarakat penting bagi mereka .

    Jika bercakap tentang perjuangan banyak cara dan banyak jalan lagi yang boleh mereka buat untuk membantu manyarakat , namun perjuangan mereka ini untuk kepentingan politik mereka sendiri .

    Yang jadi mangsa Pihak yang Menguatkuasakan undang-undang (polis) . Badan lain hanya bertindak memberi komen dan ulasan berdasarkan laporan bukan menghadapi seperti yang di hadapi oleh Pihak Polis . Yang mereka tahu beri komen yang menambahkan lagi keruh .

    Penguatkuasa undang-undang dengan pengamal undang -undang dua jalan yang amat berbeza . Namun atas sikap tidak bertangungjawap ini lah punca Polis tidak di hormati , malah di tuduh bertindak melulu . Namun mereka yang ingkar undang-undang dengan bangga di panggil perjuang .

    inilah yang di lahirklan oleh pembangkang yang memanipulasikan undang-undang .

  2. Dizaman TDM tak kecoh beserabut pun ,selama 22 tahun memerintah tak kalut pun kenapa? sebab pemimpin yang bijak, nak jadi pemimpin bukan setakat tunjok alim,baik,saja masih tak cukup,Dengan anak kita bolehlah,Ini bukan anak juga bukan kanak kanak ini raayat,raayat yang berbilang kaum ,nak jadi pemimpin ?,,,,Ikutlah dan contohilah kepinpinan TDM,cerdik ,tegas,berwawasan,berani,berjiwa melayu,dan penyayang,Bukan baik dan lembut dizaman paklah,

Leave a Reply