Melayu Milinium Yang Kurang ajar

oleh rmf

Melayu satu bangsa yang terkenal dengan adab dan sopan yang amat tinggi nilainya diantara yang terbaik didunia, daripada menyambut tetamu datang, menyediakan makanan dan minuman, berpakaian  penuh dengan tata tertib dan kesopanan.Semua ini telah dididik dengan baik oleh generasi yang terdahulu. Cara berjalan, cara melintas  sehingga cara bertutur dengan orang tua tua pun ada cara nya. Itu lah bangsa Melayu.

Bangsa ini juga terlalu banyak mengamalkan pantang dan larangan untuk diikuti oleh generasi yang muda untuk menjadikan mereka seorang yang berilmu tinggi didalam proses menjalani kehidupan.

Sekarang, sejak dibangku sekolah lagi bangsa ini  telah menunjukkan satu sikap yang tiada termaktup didalam peradapan Melayu iaitu KURANG AJAR. Masih mentah dalam serba serbi dan tidak tahu apa apa tentang politik, mereka ini mula menunjuk-nunjuk bahawa mereka adalah tokoh  tentang politik, mereka diajar membenci pemimpin, orang orang tua dan mereka bersikap sedemikian kerana mereka telah dipergunakan oleh pihak tertentu.

Didalam politik sikap kurang ajaer bangsa Melayu jelas terserlah apabila banyaknya berlaku cantas mencantas, jatuh menjauhkan, hasad dengki, fitnah sememangnya telah menjadi asam garam didalam politik bangsa Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Sehingga kini oarng melayu mula menunjukkan sikap kurang ajar mereka di parlimen, Persidangan DUN sehingga berlakunya pertikaman lidah ada juga sampai menyingsing lengan. Alangkah…

Kita lihat sahaja apa yang tel;ah berlaku didalam DUN Perak tidak lama dahulu yang memperlihatkan bagaimana sikap pemimpin yang berlagak samseng diketuai oleh bangsa Melayu yang tidak sedarkan diri tentang perjuanag yang sebenar. PR dan sekutunya sanggup berlaku kurang ajar terhadap Sultan yang menaungi Negeri, sanggup melakukan apa sahaja demi pangkat, adakah ini pemimpin yang dipilih?

Parti Rakyat atau Parti Keadilan Rakyat diketuai oleh penasihat Parti Anwar ibrahim telah merubah segalanya dengan menjadikan sebahagian daripada masyarakat kurang berfikir kerana ketaksuban terhadap parti.

Begitu juga ianya telah berlaku dizaman era pemerintahan pak lah dan Khairy Jamaluddin semua pemimpin sanggup meludah kata kata terhadap Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kata kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan.Mereka ini terlalu kurang ajar dan tidak layak dijadikan sebagai pemimpin.

Oleh kerana mereka disokong oleh orang orang yang berkepentingan didalam politik dan juga orang orang yang mempunyai agenda tersendiri, maka kejadian ini terus menerus berlaku tanpa mengambil kira segala teguran yang baik.

Pemimpin yang baik adalah seorang pemimpin yang boleh memberi, menerima, mempertimbangkan apa juga pandangan dan juga cadangan daripada sesiapa juga.

Sekarang Dato Seri Najib menerajui negara dengan konsep 1 Malaysia yang berlandaskan kepada perlembagaan Negara berhadapan dengan pelbagai krisis  keyakinan yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu untuk dipulihkan semula- saranan akar umbi yang tidak mahu melihat ada lagi liabiliti didalam parti yang merosakkan parti, yang meruntuhkan parti memegang apa apa jawatan. Mereka ini ditolak sama sekali.

Rakyat didahulukan adalah moto kepada dasar pemerintahan sekarang dan apakah dapat dilaksanakan jika kepimpinan yang kurang ajar masih lagi ada didalam saf saf di peringkat pertengahan?

Dapatkah pengagihan sumber kepada rakyat dilaksanakan jika sumber tersebut dimonopoli oleh kelompok ini?

Seingat saya, satu ketika dahulu ada seruan yang menyatakan untuk menjadi seorang yang berjaya mesti berlaku sikap kurang ajar, sememangnya benar  akan tetapai kurang ajar yang dimaksudkan itu adalah pada proses proses tertentu sahaja. Kini, Melayu pada hari ini ialah satu bangsa yang tersangat kurang ajar didalam semua aspek.

Adalah lebih baik kita berbalik semula kepada nilai nilai murni yang dituntut oleh masyarakat kita tidak lama dahulu, ialah menjadikan kita satu bangsa Melayu yang berbudaya ketimuran yang tinggi.

Leave a Reply