Ketuanan Melayu tidak lagi relevan – Mei Fun
Link : Utusan
Saya terbaca dan tersentak apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh cabang Barisan Nasional didalam isu ketuanan Melayu. Apa yang agak menjangkalkan ialah bagaimana seorang ahli politik yang bersama dengan Barisan Nasional boleh mempertikaikan persoalan ini-sepatutnya beliau telah tahu bahawa isu ini adalah diantara isu isu paling sensitif bagi Melayu.
KUALA LUMPUR 28 Nov 2008. – Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.
Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.
”Oleh itu kita sama-sama bangunkan negara,” katanya selepas mempengerusikan dialog antara Exco Wanita MCA dengan 19 ahli bahagian Wanita, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Miri di sini hari ini.
……………………………………………………………………………………………….
Jadi jika demikian lah cara nya, maka apa yang dapat saya fikirkan secara rambang bahawa ada rasa didalam benak hati mereka ingin membuat penghapusana didalam bentuk yang melibatkan hak hak orang melayu, walaupun pada dasarnya kita mengetahui secara jelas bahawa sememangnya Tanah bertuah ini adalah tanah kepunyaan orang Melayu.
Sejak zaman kesultanan Melayu telah menceritakan segalanya. Apakah ini tidak cukup untuk mereka sehingga menafikan hak hak yang termaktub didlam perlembagaan yang dipegang sekarang.
Cabaran terhadap Ketuanan Melayu sama sahaja seperti mencabar kedudukan dan keujudan seluruh Kesultanan Melayu di negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini.
Kesultanan Melayu Negeri Perlis Indera Kayangan, Kesultanan Melayu Negeri Kedah Darul Aman, Kesultanan Melayu Negeri Perak Darul Ridzuan, Kesultanan Melayu Negeri Selangor Darul Ehsan, Kesultanan Melayu Negeri Kelantan Darul Naim, Kesultanan Melayu Negeri Terengganu Darul Iman, Kesultanan Melayu Negeri Pahang Darul Makmur, Kesultanan Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kesultanan Melayu Negeri Johor Darul Takzim perlu dihapuskan sekiranya mereka yang celupar mulut ini benar benar hendak melihat impian mereka menjadi kenyataan.
Apakah terdaya manusia manusia yang lupa diri ini mencapai maksud dan tujuan kenyataan mereka ini?
Selanjutnya
link Mahaguru58
Filed under: 28 November 2008 | Tagged: Dap, ketuanan melayu, MCA, Perlembagaan, perpaduan, pkr, raja-raja, sultan, teras, umno









apa mau dikata, cik
Information dan tampilan yang bagus.