oleh rmf
1. Sejak kegagalan penubuhan Kerajaan perpaduan diantara PAS dan UNMO/BN banyak komen komen dan padangan diterima yang boleh digunapakai dan pandangan kekecewaan bangsa melayu terhadap keputusan yang diambil oleh PAS.
2. Keputusan ini dikatakan adalah keputusan yang tidak memihak kepada PAS, akan tetapi mereka terus hanyut dibuai pujian oleh DAP, PKR untuk menghanyutkan perjuangan yang mereka tegakkan pada suatu masa dahulu.
3. Didalam memperjuangkan satu bangsa, agama dan tanahair dimasa ini kita seharusnya melihat kepentinga yang sepatutnya didahulukan. Walaupun berlainan ideologi didalam politik, keruntuhan dan perpecahan bangsa juga perlu diseimbangkan disampain matlamat memperjuangkan ideologi. Tetapi berlainan pula dengan PAS, mereka tidak melihat semua ini, apa yang mereka inginkan adalah secubit kuasa untuk mereka memerintah walaupun sebuah Daerah. Persoalannya disini, untuk apa?
4. Perpecahan bangsa akan dilihat sebagai satu keruntuhan tamadun, kuasa dan segala yang diagungkan oleh bangsa tersebut. Perlukah secubit kuasa yang mereka inginkan dengan meruntuhkan, memecahkan lagi bangsa yang bernama Melayu.
5. Agak pelik disini, jika kita lihat proses permulaan cadangan kerajaan perpaduan ini. Cadangan ini telah di rekacipta oleh pemimpin tertinggi PAS, sebaliknya ditolak semula oleh pemimpin tertinggi PAS. Apakah PAS sudah tidak ada kekebalan atau kesinambungan pembuat keputusan dengan memikirkan kepentingan bangsa lebih penting berbandingkan kepentinga Parti.
6. Jika kita bayangkan semula, dan kita fikirkan bersama apakah guna nya kuasa yang hanya secubit diperolehi akan tetapi tidak mempunyai satu bangsa yang kuat untuk berfikir, berjuang bersama parti?
7. Mari kita lihat betapa cerdiknya parti yang dikuasai oleh bangsa Cina. Walaupunm mereka terdiri daripada MCA, DAP, Gerakan akan tetapi didalam membangunkan bangsa , mereka tetap sahaja bersatu seperti kes kes yang telah diajukan kepada kerajaan, isu bahasa cina didalam pendidikan, isu tuntutan Siqiu, isu Sekolah jenis kebangsaan cina dan banyak lagi. Didalam memperjuangkan kepentingan bagsa mereka mereka tetap bersatu. Kata orang” Tidur lain- lain , mimpi tetap sama”
8.Didalam negara kita Malaysia terdapat pelbagai parti berbangsa Melayu yang ditubuhkan untuk menyatakan perjuangan mereka kepada rakyat, ketelusan perjuangan mereka, tetapi didalam isu Islam, IFC, Raja berpelembagaan, isu ketuanan Melayu, hak hak keistimewaan orang Melayu mereka bersama bangsa lain menentang isu isu ini, betapa bodohnya mereka. UMNO seperti biasa Parti yang didokong oleh berjuta bangsa Melayu acapkali dipersalahkan, Mengapa mereka menjadi sedemikian sedangkan mereka ini juga berbangsa Melayu. Seharusnya parti parti berteraskan Melayu tetap bersatu mempertahan kan hak hak yang menjadi kepentingan Melayu.
9. Sehingga kini, pelbagai usaha dilakukan untuk menyatukan kembali kekuatan Melayu, dan mengharapkan PAS dan UMNO kembali bersama untuk mendaulatkan Agama , Bangsa dan Tanak Air. Jangan nanti apabila “Sudah terantuk baru terngadah”, dan “Nasi sudah menjadi bubur” barulah kita akan bersama berjuang untuk mendapatkan semula kuasa, kedaulatan yang telah runtuh akibat daripada prinsip menegakkan ideologi tanpa memikirkan keagungan bangsa.
Berfikirlah Demi Agama , Bangsa dan Negara.
Filed under: Mimpi tetap sama, Tidur lain-lain | Tagged: anwar, Dap, Hj. Hadi, Kerajaan Perpaduan, najib, Nik Aziz, pas, pkr, umno







