oleh rmf
1. Cawangan dan bahagian membentuk satu generasi pelapis atau sayap kepada kesinambungan UMNO untuk menerajui barisan kepimpinan akandatang, Saf ini juga bertanggungjawab untuk menimba segala ilmu perjuangan didalam arena politik. Persoalannya disini sudahkah Pemuda UMNO sebagai sayap bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut?
2. Sebagaimana maklumnya kita dapati pemilihan tampok kepimpinan pemuda mahu pun diperingkat cawangan adalah berdasarkan populariti dan rangkaian yang dimiliki oleh pemuda untuk melonjakkan diri keperingkat bahagian. Didalam pemilihan ini kebanyakannya hanya berdasarkan kepentingan atau sokongan daripada orang bawahan yang mana dipilih berdasarkan pro.
3. Corak ini telah lama berlarutan sehinggakan pada ketika ini Pemuda UMNO dan juga AJK bahagian tidak mempunyai barisan kepimpinan yang jitu untuk menangani sesuatu isu. Budaya angguk dan membodek sudah tidakk relevan lagi dimasa ini, Kerana UMNO sedang bergerak untuk memantapkan kembali barisan.
4. Sepatutnya bagi Pemuda UMNO, mereka seharusnya telah mempunyai barisan AJK yang petah berhujah berpidato berhujah dan berdebat tentang sesuatu isu yang berbangkit. Jika kita lihat secara kasar kebanyakan barisan Pemuda dan AJK yang dipilih adalah terdiri daripada bukan individu yang boleh diketengahkan, akan tetapi mereka ini adalah daripada kontraktor atau usahawan yang mana memasuki arena politik untuk mendapatkan peluang-peluang yang ditawarkan.
5. Mereka ini adalah jenis yang tiada memikirkan tentang tentang isu yang meragut maruah bangsa mereka, Apa yang ada dikotak fikiran mereka ialah tentang kekayaan yang bakal mereka kecapi setelah menjadi sebahagian daripada keluarga politik ini. Bangun tidur mereka hanya memikirkan apakah Projek yang akan mereka dapat dengan kerusi AJK Bahagian.
6. Kelemahan ini ketara apabila isu isu Melayu, isu Raja, Isu undang-undang tubuh, isu perlembagaan, GLC, FTA di pertikaikan di peringkat pembangkang. Kebanyakan daripada mereka ini menyerahkan segalanya kepada pihak JASA atau badan penerangan untuk memberikan penjelasan. Kesimpulannya APAKAH GUNANYA UMNO MELANTIK MEREKA INI? Dalam ertikata yang lain hanya sebagai pendorong sahaja kepada barisan pro mereka.
7. Sewajarnya Pemuda UMNO kini baik di peringkat cawangan dan bahagian telah bersedia dengan barisan AJK yang berani berdebat, berpidato dimana juga untuk menentang pelbagi isu yang dibangkitkan oleh phak pembangkang yang kini telah mengesan kepincangan dan kelemahan yang amat ketara di peringkat Pemuda.
8. Adalah tidak wajar bagi Pemuda UMNO masih memikirkan tentang laba yang mereka dapat melalui UMNO. Akan tetapi mereka seharusnya bersedia untuk memperjuangkan sesuatu yang paling bernilai untuk Agama, Bangsa dan Negara.
9. Kepada Ketua Pemuda UMNO semua cawangan dan bahagian memikirkan jalan keluar untuk mendapatkan barisan yang mantap untuk diketengahkan dan barisan yang jitu untuk menghadapi Pilihanraya akan datang. Krisis keyakinan masih lagi menular dihati para pengundi, pengundi masih lagi keliru dengan apa yang mereka hadapi baru baru ini didalam negeri Perak.
10. Sepanjang krisis didalam Negeri Perak, apa yang kita dapati tiada AJK atau barisan Pemuda menjalankan tanggungjawab untuk memberikan penerangan mengenai isu Undang-undang Tubuh Negeri, kaitan isu ini dengan Perlembagaan Malaysia.
11. Saya yakin hampir 90% daripada Ketua Pemuda Cawangan dan Bahagian tidak dapat menerangkan dengan secara jelas kaitan isu tersebut. Sikap tidak memperdulikan isu berbangkit akan memakan diri dan pertubuhan ini. Seharusnya Pemuda UMNO Cawangan dan Bahagian menilai semula barisan yang sedia ada dan memperlengkapkan semua AJK dengan ilmu yang sepatutnya dimiliki oleh setiap barisan kepimpinan.
12. Jika demikian untuk apakah mereka berada di barisan terpenting ini?
13.Oleh yang demikian, Saya berpesan dan mengingati jika situasi ini tidak ditangani didalam barisan Pemuda, akibatnya pada PRU akan datang UMNO akan menerima akibat yang dasyat susulan daripada barisan kepimpinan di peringkat Cawangan dan Bahagian tidak mempunyai sumber maklumat untuk memberikan impak kepada isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang.
14. Bak kata orang tua-tua ” Bertindak atau berfikir sebelum kena” dan “sediakan payung sebelum hujan”

Filed under: Bersediakah Pemuda UMNO? | Tagged: bahagian, Cawangan, Melayu, Pemuda UMNO, perjuangan, pidato







