Bangganya Diaaa……..

oleh rmf

Sumber : Klik disni

1. Bangganya dia… itu lah ungkapan yang aku nak bagi kat si mamat Lekir ni.. atau dalam blog diorang kata Otai lekir. Pada aku la pulak dia merupakan seorang yang tidak tahu mengenal apa yang nak dimarah dan siapa yang nak dimarah. Cuma untuk tunjuk dia lahh yang paling  berani.

2. Sebenarnya itu lah sikap sebilangan daripada penyokong-penyokong politik ditanah air kita, Pada peringkat atasan perkara sedemikian tidak lah menjadi kudis kerana hanya lalu diperkarangan rumah atau jalan dihadapan rumah, kerana didalam adat dan adab kemasyarakatan perkara ini tidak akan menjadi kudis walau siapa pun yang nak lalu di jalan tersebut.

3. Tetapi berbeza pula  dengan si Otai sorang ni, dia dikatakan telah menghalau Dato Zambry MB Perak kerana  menumpang lalu dihadapan rumahnya akan tetapi Dato Zambry tidak ada didalam kereta pada masa tu, hanya pemandu beliau sahaja.

4. Bila di amati percakapan si Otai ini didalam klip video dihadapan Nizar, maka disini kita dapat melihat betapa bangganya  dia bercerita dan si Nizar Bintang 3 pulak  dengan penuh semangat  mendegar bagaimana “Balaci” seko nih mendendangkan cerita penglipur laranya.Malah dia bangga bercerita dengan Nizar Jamaluddin tentang “kekurangan ajarnya”. Klik di sini dan dengar serta lihat betapa bangganya Nizar mendengar omongan sombong pengikutnya. Malah dia digelar sebagai hero kerana kebiadapannya.

5. Kalau difikir sejenak, didalami seketika perbuatan Si Otai ni, apakah beliau hidup didalam dunia dia sendiri? tanpa memerlukan beliau pergi kemana mana diatas muka bumi ini. Jika lah sekiranya orang lain berbuat demikian ketasa beliau, apakah akan terjadi. Semua masyarakat keliling akan  menghalang dia daripada memijak tanah kepunyaan atau hakmilik orang lain.

6. Perlu diingatkan bahawa setiap apa yang kita lakukan perkara yang tidak elok terhadap orang lain ianya akan berbalik pada kita semula. Jangan kerana ideologi kita memusuhi  masayarakat.  Yang aku pelik la juga walaupun tak pelik sangat Si Nzar nih pulak sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, akan tetapi dia seolah menyokong tindakan si benggap ni.

7 .  Ini lah satu kelompok fanatik politik yang tidak tahu apakah yang mereka sokong dan apakah sebabnya  mereka menyokong sesuatu parti.Kalau hanya tahap politik kedai kopi maka sedia maklumla. Minum secawan berborak 7 jam… tapi entah apa apa yang di borakkan. Semua itu hanya perspeksi otak kopi O.

8. Sepatutnya Otai cam gini dihantar ke Iraq , sebab terlalu berani, tetapi isu Hndraf yang mengaibkan Melayu pun dia tak berani nak berdepan, belum lagi dengan Isu IFC, Isu Siqiu. Isu ketuanan Melayu dan banyak lagi Isu yang meragut maruah sebagai seorang Melayu.

9. Berfikirlah dengan waras sebagai seorang pejuang bukan sebagai seorang yang bodoh memperjuangkan sesuatu yang diri kita tidak satu  kepastiannya. Hanya kerana inginkan glamor yang tak berkesudahan , kita mengorak satu tindakan yang merugikan bangsa dan negara.

10. Amat berbeza sikap seorang pemimpin Islam seperti Nizar Jamaluddin yang mengalakkan sikap kurang ajar, kila imbas kembali bagaimana rakusnya  mereka di Persidangan DUN tempoh hari. Masihkah  kita tidak dapat melihat dengan jelas? Ini kah pemimpin yang diinginkan oleh leseluruhan rakyat negeri Perak?

 

One Response

  1. hello it is my first time visiting here, it’s a great site with a great articles, thanks for share.

Leave a Reply