oleh rmf
“Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan muktamad untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat ini.Menteri Pelajaran itu menegaskan, pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut.
Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM pada masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.”
Pengumuman Menteri Pelajaran untuk mengurangkan 6 subjek teras kepada 4, apakah dengan pengurangan ini akan memberikan impak jangka panjang terhadap prestasi pelajar. Ini adalah kerana diantara 6 subjek tersebut masing masing mempunyai hala tuju dan jalannya sendiri.
Sebagai contoh yang nyata, jika mata pelajaran Sejarah menjadi mangsa penguguran subjek tersebut, maka dengan tidak secara langsung mata pelajaran ini akan diabaikan secara jangka panjang.
Kesan daripada itu kita akan melahirkan satu generasi yang buta sejarah, sedangkan pada masa ini pun terdapat warganegara yang agak keliru dengan persoalan siapakah pejunag untuk kemerdekaan negara kita. Isu Chin Peng misalnya. Jangan kita lahirkan satu generasi yang keliru dengan sejarah negara. (Jika mata pelajaran Sejarah digugurkan)
Saya bersetuju dengan kenyataan Ustaz Said
Saya merasakan bahawa 6 subjek teras yang diwajibkan pada masa ini tidak perlu digugurkan kerana ia merupakan subjek-subjek penting untuk menjadikan pelajar seorang individu yang holistik dan berdaya saing dengan bangsa lain.
Apa yang sangat diharapkan agar pihak kementerian memperhalusi cadangan yang akan memberikan kesan jangka panjang terhadap pelajar kita. Jangan kerana ingin mengurangkan tekanan dan mencapai prestasi kita mengorbankan sesuatu yang berharga untuk pelajar menerjah jauh didalam sudut ilmu.
Filed under: 6 Subjek Teras perlu KEKAL | Tagged: Subjek teras, SPM, Muhyiddin, Menteri Pelajaran.







