Isu Penggunaan nama ALLAH-Siapa pemutus keputusan?

Oleh rmf
sumber : belantan.blogspot.com, rmf7.wordpress.com,themalaysianinsider.com

Surung papan tarik papan,
Buah langsat atas perahu,
Nak jawatan dah bagi jawatan,
Buat keputusan sentiasa melulu,

Ini adalah pantun untuk kepimpinan dan kabinet yang sewenangnya memutuskan kebenaran pengunaan Nama ALLAH bagi pencetakan akhbar Herald didalam penerbitan mereka.

Seumpama keputusan ingin bermain dengan api layaknya, pihak kabinet seakan buta hati didalam mentafsir kesan dan akibat yang akan ditanggung oleh generasi umat Islam masa kini dimasa akan datang.

Penggunaan nama ALLAH bagi agama kristian akan mencetuskan prasangka bahawa Islam dan kristian adalah satu agama yang sealiran. Tuntutan ini membayangkan  bahawa sedikit sebanyak proses kearah Islam liberal telah menunjukkan  lorong di bumi Malaysia.

Tuntutan kesamarataan  didalam beragama seperti yang di tuntut oleh IFC satu ketika dahulu. Apabila penggunaan nama Allah dibenarkan maka  selepas ini ada kemungkinan segala wang zakat juga akan menjadi mangsa untuk diagihkan kepada semua pusat ibadat. Kemungkinan akan berlaku.

Melihat daripada keputusan yang dibuat, jelas sekali bahawa pemutus keputusan tidak dibuat  dengan betul walaupun kabinet bermesyuarat. Sikap tidak mahu mengambil tahu sensitiviti rakyat  semakin hari semakin tercabar oleh pemegang jawatan di kabinet.

Sehinggakan  keputusan kabinet yang mendahului mahkamah  dibuat. Apakah jenis pemimpin ini- KDN seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesilapan yang akan menghancurkan Aqidah  dengan kebenaran penggunaan nama Allah dalam terbitan Herald.

Persoalannya disini adakah yang membuat keputusan tersebut dikalangan yang beragama Kristian?

Sehari selepas kebenaran dibuat, dan mahkamah diberitahu dengan serta merta penarikan semula keputusan dibuat oleh Pak  Menteri. Ini sedikit sebanyak melegakan perasaan umat Islam di Malaysia.

 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan agama Kristian. Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi

Apa yang menjadi persoalan lagi ialah, bagaimana sesuatu perkara yang belum disahkan atau diwartakan oleh menteri boleh dibuat keputusan? Kecuaian  penyediaan perintah tersebut diambil mudah, atau adakah ianyanya terlepas pandang?

Sejak akhir ini apa yang kita lihat, tiada penyelarasan didalam membuat sesuatu keputusan, menteri kata lain, PM kata lain, seperti setiap mesyuarat yang diadakan hanya  memenuhi jadual mingguan. Apa yang kita lihat keputusan ini dibuat seakan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Seperti kenaikan kadar tol, pengumuman telah dibuat dan kemudiannya ditarik balik oleh Pak Menteri. Akhirnya kadar tol tidak jadi dinaikkan, akan tetapi rakyat masih marah dengan keputusan yang di terima.

Rakyat beranggapan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang nyata tidak tahu mentadbir dan menjaga kepentingan dan sensiviti rakyat. Ini terlalu jelas sejak bermulanya era pemerintahan Pak Lah.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).  

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi :

”Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.”

Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katolik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.

Sehubungan itu, Nizam berkata, permohonan semakan kehakiman kini telah menjadi akademik (tak terpakai).Peguam Porres P. Royan yang mewakili pemohon Gereja Katolik memberitahu, dengan perkembangan terbaru itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan.

”Permohonan kami dibuat melalui Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, oleh itu kami perlu mengkaji perintah yang dikeluarkan kementerian tersebut sama ada ia boleh dimansuh atau dibatalkan dan kesan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, jika pihaknya menerima baik penjelasan tersebut, sudah tentu kes semakan kehakiman itu tidak akan diteruskan.

Bagaimanapun, katanya, adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya dan pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah jika terdapat persetujuan kes itu secara baik.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mengetepikan permohonan tujuh Majlis Agama Islam Negeri, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Majlis Gurdwara Malaysia sebagai pencelah dalam kes semakan kehakiman itu.

Tujuh Majlis Agama Islam Negeri terbabit ialah Terengganu, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.

Hakim Bee Lan juga menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan sama ada kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Mac lalu, Gereja Katolik menamakan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.

Gereja Katolik memohon perintah bahawa keputusan responden-responden pada 12 Februari 2008 berhubung larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly adalah salah di sisi undang-undang.

Gereja Katolik juga memohon perintah bahawa pihaknya berhak menggunakan perkataan Allah dan perkataan Allah tidak khusus kepada agama Islam

Apabila kita melihat dari sudut kepentingan, berkata didalam diri kita, Siapakah Dalang disebalik keputusan ini?

Siapa Dalang yang menyokong?

Perkara ini telah lama diperkatakan akan tetapi tidak ada respon yang serius diambil, dan apabila kita kenangkan kembali, siapakah yang mendalangi semua ini, mungkin kita akan berfikir untuk seketika, kebenarannya.

Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. (http://belantan.blogspot.com)

Adakah ini peluang terbaik bagi mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad,Anwar dan Dewan Ulama Pas untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.

Tidakkah mereka-mereka ini manusia yang bertopengkan ugama boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka ” lesen besar ” untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat petualang-petualang bangsa dan ugama ini?

Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan ‘Allah’ untuk merujuk kepada kalimah ‘God’ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan ‘Allah’ hanyalah terjemahan kepada perkataan ‘God’.

“Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka.”

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab “Allah” menggantikan “Tuhan”? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab “Rab” yang bermaksud “Tuhan” dan kenapa hanya pohon kalimah “Allah”

Melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam supaya tidak dapat membezakan kalimah “Allah” dalam Bible dengan kalimah “Allah” dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa – bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.

Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi.

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah “Allah” di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

3) Adakah dengan menggantikan kalimah “Allah”, Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini…

Maka jelaslah, pada penulis, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat.

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah “Allah” diperjudikan ?

Bertambah parah apabila Pas yang dikatakan berjuang untuk menegakkan Islam Pas di negara ini secara tidak disangka-sangka tanpa berdolak-dalik juga memberi ” lampu hijau ” kepada puak Kristian ini. MasyaAllah..adakah mereka mengetahui akan akibatnya kelak. Sepatutnya jika mereka mengatakan yang mereka adalah penegak Islam dinegara ini, merekalah yang sepatutnya berdiri dibarisan hadapan untuk menghalang segala usaha dari pihak Kristian. Ini tidak malah menyokongnya lagi. (http://belantan.blogspot.com) dan kita dapat melihat persetujuaan penggunaan perkataan Allah oleh Nik Aziz didalam http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19429-allah-is-allowed-for-non-muslims-says-nik-aziz

MARCH 1 – Datuk Nik Aziz Nik Mat, the Pas spiritual leader and one of the country’s most respected Muslim leaders, said today that non-Muslims should be allowed to use the word “Allah.”

Adakah Pas mengetahui jika puak Kristian dibenarkan menggunakan khalimah Allah dan Bahasa Malaysia didalam buletin Kristian secara tidak langsung Pas juga merestui upacara ” pengkristianan ” orang Melayu Islam secara perlahan-lahan dan Pas dan Anwar jangan terkejut akan ramai anak muda Melayu Islam akan menjadi murtad kerana tidak boleh membuat perbezaan antara Islam dan Kristian.

Dan amat bercanggah dengan pendapat Mufti Besar Negeri Perak, Dato Seri Harussani  Zakaria.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian..

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini

Bila keadaan ini berlaku. kita memperlihatkan bagaimana  sesaorang memperjuangkan Islam dan berjuang demi kepentingan politik dengan memperjudikan Agama semata-mata.

Kita fikir lah sendiri…….

27 Responses

  1. orang kristian sudah lama gunakan istilah ‘Allah’. Itu bukan perkara baru. Tapi mengapa sekarang baru didedahkan? renung2kanlah. Bumiputera sabah sarawak pun gunakan Allah dalam bible ibunda mereka sejak puluhan tahun dulu.

  2. kesannya:
    sekiranya perkatan ALLAH dibenarkan utk agama lain, apakah tindakan kerajaan sekiranya nama Allah dicetak pada stoking, tulisannya ada di dalam tandas, disepahkan, pasti tidak akan ada apa-apa tindakan boleh diambil kerana agama lain tidak mengharamkan perlakuan tersebut untuk agama mereka. maka keadaan telah dimunipulasi oleh pihak yang mahu melagakan kita umat Islam.

  3. bodoh!!! Terjemahan kitab tu dah berpuluh-puluh tahun pun. korang je yang buta.

  4. takkan ada org akan menulis dekat stokin..kenapa la ada org berfikiran macam awak..sebenarnya awak yang nak melagakan agama lain..itu dikira menghina tahu tak…
    kalo penngunaan nama allah itu suci bagai agama yg awak bangakan itu..sama juga dengan kami….
    mmg awak tak sekolah agama cukup sebab tu suka mengutok tanpa asas…

    • wahai manusia yang berakal, kita ini adalah makhluk yang diciptakan Tuhan, alangkah baiknya kita saling mendalami ajaran masing-masing dan saling mengukuhkan iman kita kepada Tuhan kita masing-masing, apalah faedahnya kalau kita saling bertelingkah dan bertengkar. hehe majulah Negara untuk Najib hehehe

  5. Suckz, betul atau tidak Al Kitab @ Injil bukan firman Allah? Terbukti sekarang bahawa apa yang umat Islam tolak dari dulu lagi kini timbul kebenarannya. Nah, firman Allah atau kata-kata Paderi kamu yang ada dalam kitab Injil? Sila jawab wahai umat Kristian???????

  6. Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    MELAYU MUDAH LUPA

    sajak ini sesuai dengan masa sekarang yang berlaku.
    sejak ratus tahun lagi kitab diterjamahkan tuhan sebagai allah MELAYU MUDAH LUPA

    artikel di atas adalah salah
    MELAYU MUDAH LUPA

    allah bukan sahaja ditujukan kepada esa
    MELAYU MUDAH LUPA

    tetapi allah maksudnya adalah TUHAN
    Melayu mudah lupa

    takkanlah ALLAH HUAKBAR
    iaitu TUHAN YANG ESA YANG MAHA BESAR
    sangat lucukan?

    kerana YESUS ADALAH ESA
    melayu mudah lupa

    • jngan smekn allah dngan tuhan………
      allah tu nme tuhan bg orang islam……
      dan tuhan tu umum……..
      utuk smua agme…………
      cme kpercayaannye yang lain……..

      sy x setuju dngan penggunaan nme allah dalam agame kristian………..
      sebab bagi orag kristian ……….
      mudah untuk menyelewenkan agme lain…….

  7. “Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka.”by rmf…

    fuck u lah….babi sialan rmf…..ko ingat kmi bru nk guna kah kalimah 2 selepas 50 tahun….kmi org sabah dan sarawak mmg dah lama guna kalimah tersebut….ko mmg anjing sialan lah…saja nk ambk popularti murahan…pastu nk campur aduk dgn urusan politik bangang ko…mmg ko anak luar nikah kacukan dgn babi hutan….ilmu pengetahuan ko masih naif sang babi rmf…entah ko ni penah pergi sabah n sarawak ke tgk mcm mana keadaan sana…klu berani sngt…debat lah dengan ak…

  8. hai saudara….saya ingin kata kan,hidup ini semantara saja,tubuh,harta benda,wang,dan semua yang saudara miliki adalah semantara dan sia2 bila saja kita meninggal fikir!!! ada kah semua itu kita boleh bawa bersama ke dalam lubang kubur??? NAH satu hal yang kita boleh bawa adalah iman kita kepada tuhan..terpulang dengan kita nak ikut mana satu jalan keselamatan yang kekal dan pasti selamat?? bukan nya insyallah@ mudahan2, cuba bayang kan kiranya kiamat terjadi saat ini,ada kah saudara pasti masuk syurga??ini pertanyan saya kepada saudara yng sering menggunakan perkatan insyallah@ mudahan@…so!! jangan lah kita bertelingkah 1 dgn yg lain…tq..

    • Insyallah itu maksudnya dengan izin Allah, kalau tak diizinkan Allah tak menjadilah dia. Mudah-mudahan itu maksudnya dalam bentuk doa, masih baru memohon kepada yang maha berkuasa belum terkabul lagi. Harap maksud dua perkataan itu jelas, kalau tak jelas, siapa-siapa yang boleh perdalamkan penjelasannya dipersilakan. Tq.

  9. KENAPA TIDAK DARI DULU LAGI MELARANG KAMI ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN NAMA ALLAH??KENAPA BARU SEKARANG BARU MENYEDARI DAN MELARANG KAMI??KAMI ORANG KRISTIAN TIDAKLAH SEHINA YANG KORANG SANGKA..MUNGKIN KEHIDUPAN KRISTIAN DI BARAT YANG MEMBUATKAN ANDA SEMUA MELUAT MELIHAT KRISTIAN..TETAPI JANGAN SAMAKAN KEHIDUPAN KRISTIAN DI MALAYSIA SAMA SEPERTI DI BARAT…

    • kami tidak menhina dan menganggap penganut krristian seperti yang anda sangka,,,persoalannye,,kenapa baru hari ini isu ini diperbesarkan dan mahu nama ALLAH dalam agama kristian digunakan secara meluas dan mahu pengiktirafan secara rasmi,,sedangkan dahulu senyap dan membisu,,mengapa harus ada pertelingkahan dalam penggunaan kalimah ALLAH yang hanya berlaku di Malaysia,,,sedangkan negara barat tidak timbul isu ini,,ingatlah penganut kristian ALLAH adalah tuhan bagi umat islam,,,dan bersifat SATU,,yang diakui seluruh dunia ISLAM,,,adakah ALLAH diiktiraf diseluruh dunia dipihak anda??fikir-fikirkanlah,,,,

  10. hai,setahu saya nama allah tu hanya digunakan oleh orang islam…dan dalam al-quran juga mempunyai surah tertentu yang memperkukuhkan nama allah hanya digunakan oleh orang islam

  11. ps ALLAH bermaksud Tuhan Orang ISLAM

  12. Allah yang mana ni..untuk orang kristian dan Allah yang mana lak bagi Orang Islam..

  13. Kalau bahasa Malaysia ingin besar seperti bahasa Indonesia (dipakai sebagai lingua franca oleh all kaums), biarkan saja digunakan untuk mana-mana pihak.
    Yang penting agama adalah hakikat bukan luaran saja…
    Peace…

  14. Asalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya makhluk-makhluk Allah dimuka bumi ini, kenapa kita nak gaduh-gaduh pasal penggunaan nama Allah, saya rasa bersyukur kerana agama bukan Islam telah menerima nama Allah, ini sudah cukup bagus melicinkan usaha kebenaran yang sebenarnya. Kalau nama Allah telah diterima insyallah agama Islam akan diterima juga. Kerja kita sekarang jemputlah mereka masuk agama Islam pula untuk keselamatan diakhirat kelak. Kalau kamu tidak jemput mereka masuk Islam sekarang, nanti di akhirat kelak mereka akan tuntut kamu pula, bahawa semasa di dunia tak pernah pun orang Islam jemput mereka masuk Islam secara baik. Nanti kelak di akhirat orang bukan Islam masuk sorga dulu, orang Islam pula masuk neraka pasal di dunia tak pernah jemput mereka ni masuk agama Islam. Kamu tahu tak nama Allah itu hebat sebenarnya Pernah juga dulu nabi Isa(Jesus) guna nama Eloi panggil tuhan minta tolong tapi mangkali tidak berkesan. Jadi mereka ni sudah nampak sekarang tuhan sebenarnya ialah ALLAH SWT saja.
    So jangan buang masa lagi jemputlah mereka ini masuk Islam, orang Islamkan percaya kepada Nabi Isa AS(Jesus).
    Kalau mereka tak masuk Islam pun tak apa di akhirat nanti mereka tidak boleh tuntut lagi. Allahkan adil. Kita semua umat Islam sekarang mesti ada wawasan akhiratlah jangan nak pakai wawasan 2020 saja. Itu dunia punya ceritalah.. Oleh itu dari hati saya yang ikhlas ini saya menjemput semua orang yang bukan beragama Islam masuklah dalam agama Islam. Jadilah orang Islam yang sebenarnya jangan jadi macam orang Islam sekarang ini.
    Asalamualaikum semua………Cool man.

    • sokong 100%

    • boleh masuk islam tapi kueh cap tak dapat tinggal. sedap kan!

      • Asalamualaikum, satu kelemahan manusia sekarang ialah tak tahan dengan nafsu, nafsu telah mengatasi minda waras manusia sehinggakan asal sedap bedal ajalah tak dapat tinggal, biar haram tolak tepi yang penting sedap, maaf ya saya bagi pendapat saja ni kalau tak betul pun fikir-fikirkan bagi betul. Seperti makan dadah tak taulah sedapkah tidak, tapi orang bedal juga. Mungkin sedap kot sehingga hayal dapat kicknya. Seperti juga makan rokok bukan hisap lagi, sedapkah? Buka minda tanya nafsu. Kalau yang salah dikatakan betul dan yang betul dikatakan salah apa sudah jadi.. Kiamat tak lama lagi thn 2012 kemungkinan terjadi. Bangunan Kaabah saja waktu tu tak runtuh, tayangan dah baru lalu. Dah tengok, rugi ohh tak tengok, semua manusia waktu tu jadi pelakon, nasib-nasib rupa kita ada juga kot. Saya diambil jadi pelakon waktu tu, tapi di belakang kemera saja takut kena runtuhan. Hehehe banyak kali.

  15. Asalamualaikum dan salam sejahtera, dalam agama ini sebenarnya tak perlu risaulah, agama yang benar itu tetap pada kebenarannya dan agama yang salah itu sudah jelas salahnya. Orang Islam yang betul-betul percaya kepada Allah haruslah lebih kreatif dan lebih stratejik dalam berdakwah. Selagi umat Islam berpegang betul kepada kitab Allah dan Rasulnya, insyallah selamat. Saya percaya kepada kerja kuat dan kerja keras dalam segala bidang untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
    Maka bangunlah umat ku orang-orang Islam, bekerjalah kuat-kuat untuk agamamu dan bangsamu. Nak tau siapa yang betul dan siapa yang salah…. tunggu dalam episod akan datang. Asalamualaikum brother jangan marah dan jangan kasar, tunjukkan akhlak mulia mu pada semua orang.

  16. WHY YOU ALL LIKE THIS???ALL MENTIONED WHO WILL WIN AND LOSE..very sad,huh..there’s no prey and enemy here,so please concern about yourself,we all have our virgin soul that need peace and then place after die and surely the place is in heaven,just do what is needed and compulsory in every religion,hope no fighting here and there,can you all think about what you all had said deep, deeper and deepest before saying those words, that’s make people got mad..
    ONLY THE ALMIGHTY GOD WILL KNOW WHAT IS THE DECISION,WHAT IS RIGHT,WHAT IS NECESSARY,AND FOR ALL, HE IS THE ONLY ONE WHO KNOWS EVERYTHING AND ANYTHING FOR US..THROUGH HIM THERE IS NO DOUBTNESS!!it’s meaningless if we just fighting each other then put God behind us,the judgement is done by God anyway…

Leave a Reply