Kuala Terengganu-Satu penilaian

Oleh rmf

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi PRK tersebut. Tetapi, katanya, BN “perlu bekerja bersungguh-sungguh.”

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384002

Tetapi, apakah ramalan Abdullah ini akan jadi kenyataan? Adakah strategi BN “meningkatkan serangan politik secara besar-besaran terhadap PAS” di saat-saat terakhir akan membuahkan kemenangan?

Sebagimana yang telah dijangka kan oleh ramai blogger didalam blog-blog mengingatkan bahawa pemilihan calun di Kuala Terengganu oleh Pak Lah merupakan satu kesilapan yang besar untuk meraih kemenangan untuk Barisan Nasional. Kebencian rakyat terhadap Pak Lah  dan Khairi melalui isu-isu  sepanjang pemerintahan  tidak dapat diubati lagi.

Pemilihan Wan Farid dikatakan adalah melalui proksi  untuk mengekalkan kekuasaan Pak Lah melalui kroni setelah bersara  telah dapat dihidu oleh sebilangan penulis blogger. Ramai telah menjangkakan kekalahan ini. tidak ada apa yang perlu dikesalkan lagi.

Dan akhirnya Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan 2,631 undi. Dia memperoleh 30,252 undi berbanding Abdul Wahid yang memperoleh 32,883 undi dengan lebihan undi majoriti sebanyak 2631 undi ( Bebas 193 , undi rosak 665 ) berbanding 628 pada pilihanraya yang lalu. Apakah angka ini tidak menunjukkan satu kesedaran lagi pada kepimpinan BN atau UMNO  punca sebenarnya?

Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu

Walaupun sebesar mana lambakan peruntukan disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Kuala Terengganu , dari dahulu lagi kita telah melihat bagaimana situasi di Kelantan, Permatang Pauh dan kini Kuala Terengganu. Hasilnya tetap sama iaitu kekalahan.

Dimanakah punca sebenarnya kekalahan tersebut? adakah pengundi atau corak kepimpinan yang sedia ada atau runtuhnya kepercayaan pengundi terhadap Barisan UMNO dan UMNO?

Titik tolak daripada itu, dan seandainya beliau ( Dato Najib ) faham sentimen pengundi dan bersedia membuat perubahan drastik didalam UMNO dan Barisan Nasional  dari sudut kepimpinan yang sedia ada sebagai satu langkah mengembalikan kepercayaan pengundi  atau rakyat dan menangani semua masalah dalaman yang mana akan mengakibatkan kekalahan yang lebih teruk lagi  didalam Pilihan Raya Umum 13 nanti.

Mingguan Malaysia juga memberikan gambaran bahawa soal “bagaimana masyarakat Cina mengundi” dalam PRK berkenaan adalah “soalan yang membingungkan” banyak pihak – pemerhati politik, penganalisis politik, BN dan juga Pakatan Raykat (PR). [kudakepang blogspot]

Mereka dikatakan kebingungan kerana “undi majoriti Melayu” dijangka terbahagi sama rata. Dalam Parlimen Kuala Terengganu terdapat 80,229 pengundi berdaftar – 70,834 Melayu, 8,735 Cina dan bakinya daripada lain-lain kaum.

Lantaran itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan selaku bekas Setiausaha MCA, meminta para pengundi Cina “memberi sokongan padu” kepada BN “yang mengamalkan dasar sederhana dalam pemerintahan.”

Bagaimanapun, ada pemerhati dan penganalisis politik mengatakan, penentu kepada mana-mana calon dalam PRK Kuala Terengganu bukannya undi kaum Cina. Sebaliknya, kemenangan BN atau PR dalam PRK ini ditentukan oleh undi warga pendidikan.

Ramalannya demikian kerana sehingga hari ini adalah dipercayai bahawa sebilangan warga pendidikan dalam Parlimen Kuala Terengganu dikatakan “tersinggung hati” atas beberapa sebab yang tidak perlu dihuraikan di sini.

Masalah ini amat real dan turut disedari oleh pihak BN. Khairy Jamaluddin sendiri pun dikatakan turut campur tangan untuk menanganinya.  It True!!!!!!!

Untuk itu, apakah kita sudah bersedia untuk mengharungi atau mengubati luka dihati pengundi melayu di Malaysia ini jikalau  punca kebencian mereka masih  ada didalam parti.

Kesimpulannya biarlah UMNO atau Barisan Nasional kehilangan orang yang dikatakan terpelajar, tercerdik, terpandai  didalam parti demi menyelamatkan parti dan meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap parti UMNO dan  Barisan Nasional.

Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil.

Tolak Pemimpin Rasuah .. Jika mahu menang pada pilihanraya 13 nanti… Ini nyata…Najib mesti melakukan  perubahan drastik.

 

 

Leave a Reply