Oleh rmf
November 2000, kita dikejutkan sekali lagi dengan isu hak keistimewaan dan ketuanan Melayu oleh Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu perkara yang dianggap amat sensitif didalam negara ini. Para pemimpin UMNO telah meluahkan rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan David yang dianggap akan menggugat kedudukan orang Melayu dan akan mencetuskan perbalahan kaum.
Dato seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu, kini Tun] didalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berundur walaupun satu langkah dalam mempertahankan hak hak keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk bantuan bantuan, subsidi dan sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu.
Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan oarang Melayu dipertahankan sebagai intiti utama pembangunan negara dan didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera.
Bagaimana pun pengekalan Hak Keistimewaan orang Melayu ini tidak bermakna rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara kelas kedua dengan menafikan hak hak yang dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata keran tidak semua diantara mereka hidup didalam keadaan mewah. Masih ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada dibawah garis kemiskinan.
Permintaan dan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan mungkin disebabkan wujudnya anggapan di kalangan masyarakat bukan Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang mereka mahu ialah bantuan yang dihulurkan dibuat secara menyeluruh merangkumi golongan bukan Melayu yang hidup didalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara ini golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan yang membolehkan mereka memberikan sumbangan kearah pembanguan serta memakmurkan ekonomi negara.
Salah satu tuntutan 17 perkara yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang mahukan perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera duhapuskan didalam segala bidang samada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina pada pertengan tahun 1980an.
Malaysia merupakan salah satu negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana perbezaan identiti ,pengenalan kaum dan kerencaman budaya tidak menjadi penghalang kepada rakyatnya untuk bersifat pluralistik hidup didalam keadaan yang amat damai dan setiap orang boleh bekerja dan menjalani kehidupan tanpa menghadapi sebarang gangguan dari mana mana pihak.
Jadi persoalan bumiputera atau bukan bumiputera harus dihapuskan tidak timbul lagi. perkaran yang penting lagi ialah setiap pihak harus berpegang kepada perjanjian dan semangat setia kawan yang telah tersedia termaktub didalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan penduduk peribumi yang lain sebagai golongan bumiputera perlu diakui.
Hak golongan bukan bumiputera dijamin dan dipelihara oleh perlembagaan. Sebarang dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak sepatutnya bercanggah dengan peruntukkan yang terkandung didalam perlembagaan.
Oleh sebab itu, tiadak ada sebab kenapa perkara ini perlu dijadikan isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Jadi isu hak keistimewaan orang Melayu ini tidak harus dipolitikkan ataupun dijadikan sebagi isu politik oleh mana mana pihak.Persoalan yang penting ialah mengwujudkan persefahaman dan sikap saling hormat menghormati diantara satu dengan yang lain dengan memastikan hak setiap pihak dipelihara dan perhatian yang sewajarnya.
Barangkali itu lah seharusnya dilakukan oleh semua pihak yang bertelagah dengan pihak tertentu dan membiarkan diri mereka hilang rasional keranadikuasai oleh emosi.
Filed under: Hak keistimewaan Orang Melayu | Tagged: dicabar, hak, keistimewaan, Melayu, orang, umno








Saya sangat bersetuju dengan pandangan kebanyakan parti-parti politik termasuk dari Gerakan, PPP, MCA dan MIC mengenai Ketuanan Melayu. Tanpa perlu mengulangi pandangan dari setiap pemimpin parti-parti kompnen BN itu tentang Ketuanan Melayu, memadai bagi saya memetik pandangan yang sangat bernas dari Tan Sri Koh Tsu Khoon.
Dr Koh berkata bahawa Ketuanan Melayu tidak terdapat didalam Perlembagaan Malaysia, yang ada adalah Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan hak-hak orang bukan Melayu.
Biarlah UMNO dan Utusan Malaysia saja yang bercakap tentang Ketuanan Melayu, biarlah UMNO saja yang menghunus keris yang tidak lagi bersarung itu.
Biarlah UMNO merasakan diri mereka tuan, kerana pemimpin mereka sememangnya masih feudal dan berperangai feudal untuk mewajibkan diri mereka diagung-agungkan oleh ahli-ahli mereka. Kenapa? Kerana pemimpin-pemimpin UMNO itu kaya raya manakala ahli-ahli UMNO yang ramai itu masih miskin, bahkan ada yang papa kedana. Mereka makan diatas tapak tangan dengan bantuan dan subsidi. Ahli-ahli UMNO adalah kaum dan bangsa subsidi, tanpa subsidi mereka tak boleh hidup. Dan patutlah mereka itu jadi hamba dan pemimpin-pemimpin mereka itu tuan hamba. Maka ujudlah Ketuanan Melayu didalam UMNO.
Kami, orang-orang Melayu bukan ahli-ahli UMNO, kami bukan makan diatas tapak tangan, kami bekerja, kami berikhtiar, kami berusaha, susah-senang kami sebagai orang Melayu, kami buat kerja sendiri. Kami bebas dari cengkaman masyarakat feudal dan perhambaan.
Walau apa pun yang mereka katakan, mereka itu tetap tidak dapat menafikan bahawa kepada apa yang mereka katakan itulah bahwa mereka juga hidup dengan apa yg telah diamalkan oleh negara malaysia dahulu dan sekarang. Kenapa tidak mereka yg cuba menafikan itu dan ini bertindak dengan bermaruah agar mereka semua ini tinggalkan sahaja apa yg telah mereka nafikan atau yg mereka cuba memperkecilkan tindakan negara semata2 hanya ingin meresa sombong kononnya mereka tidak terlibat dalam apa yg telah mereka perolehi selama ini… “Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung…”
“Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri ini adalah persetujuan yang sudah dicapai secara bersama dalam semangat memberi dan menerima… semangat memahami dan menghormati di kalangan pemimpin pelbagai kaum ketika kemerdekaan negara dirunding.
“Persetujuan ini sudah dicapai antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan Raja-raja Melayu.