Oleh rmf
Jika selama ini kita berusaha untuk mengurangkan kuasa Khairy Jamaluddin dengan tidak menjadi liabiliti kepada UMNO, kemasukan rakan baiknya Ezam dan menolak kemasukan TDM kerana jasa dan pengalaman Ezam terlalu banyak berbanding TDM. Ahh.. kita lupakan seketika bab itu, apa yang hendak kita lihat sekarang agenda Pak Lah didalam peralaihan kuasa apakah beliau benar benar ikhlas mengenai apa yang dikatakan olehnya.
Nampaknya sekali lagi rakyat Malaysia ditipu oleh pemimpin Hadhari mereka, peralihan kuasa hanyalah satu agenda untuk memastikan kepentingan Khairy didalam politik tidak dicantas dan akan bergerak mudah keatas dan projek landasan berkembar yang dulu menelan belanja yang sedikit dan ditangguhkan dan dibuka tender semula dgn nilai yang tinggi telah di manopoli oleh SCOMI . Dato Seri Najib telah dijadikan “peluru” oleh Pak Lah untuk memastikan kedua-dua orang kesayangan nya ini tidak mendapat apa yang mereka dapat sekarang iaitu, SCOMI dengan landasan berkembarnya dan Khairy Jamaluddin sebagi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan
Menurut sumber Najib dikatakan bersetuju pada pilihan pertama dan hanya mendiamkan diri pada permintaan kedua. Disebabkan itu Pak Lah tidak akan mengumumkan persaraannya pada Mac 2009 nanti. Maka tertipu lagi Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan kepimpinan.Di Kota Bahru ,Kelantan juga mengesahkan peranan Setiausaha Politik Dato Najib iaitu Dato Fahmi (bukan atas restu Dato Najib) telah meminta pemuda UMNO bahagian Kota Bahru mencalunkan Khairy Jamaluddin sebagai calun Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi menunjukkan restu Najib terhadap menantu “emas” Pak Lah ini.
Siapa dia Mustapha Ong bin Omar Ong? beliau merupakan salah seorang kawan karib Khairy didalam Ethos Consultant dikatakan bakal dilantik sebagai setiausaha Politik Najib didalam kementerian Kewangan, Oleh kerana lantikan ini adalah bidang kuasa Perdana Menteri, maka tidak banyak yang dapat Najib lakukan.
Ethos merupakan salah satu pasukan yang ditubuhkan untuk menjamin kepentingan Khairy didalam politik dan juga perniagaan.
Apa yang kita nampak sekarang, harapan demi harapan rakyat Malaysia untuk melihat penguasaan ini hilang dari muka bumi Malaysia tidak akan berhasil jika sekiranya Pemimpin di peringkat Negeri tidak menyedari hakikat perjuangan yang sebenarnya, perjuangan yang berlandaskan Agama , Bangsa dan Negara.
Sememang nya negara kita teramat malang mempunyai kepimpinan diperingkat akar umbi yang terus menjadi “Buta” dan “terus buta” akibat ketamakan projek atau duit “Balak” dan menyokong tanpa memikirkan apa kan jadi kesudahannya.
Kepada Dato Najib sudah sampai masanya untuk tidak menjadi “Peluru” oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya- Bertindaklah demi anak bangsa yang akan datang bukan kerana Khary dan SCOMI-
Jadilah Pemimpin yang berjiwa rakyat seperti ayahandamu Tun Haji Abdul Razak.
|
Nampaknya harapan Tun Mahathir dan pemimpin politik UMNO lain serta rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengaruh Khairy belum terlaksana. Malah Khairy mungkin akan menjadi lebih kuat selepas ini. Ini kerana beliau akan berjaya menghilangkan labialiti sebagai menantu Perdana Menteri. |
Filed under: Uncategorized | Tagged: Khairy, najib, pak lah, peralihan, Scomi








Nampaknya Malaysia semakin suram… Dengan adanya KJ dalam Umno.. well It’s the start of the end for BN. Apa nak jadi nanti kita tgk.. Aku rasa kalo Najib nak selamat dia kena lawan Pak Lah masa pemilihan. There is no 2 ways around it. Gor for Pak Lah and chopped KJ away from Pemuda and then everything will be save of Najib. Selagi dia tak lawan Pak Lah.. maka Najib can’t dream of sitting in the PM office.
Selamat Hari Raya!
Harapan rakyat Malaysia, seperti saya DSN mesti lawan PM dan jangan beri muka kepada KJ, apakah KJ tidak boleh menekan DSN dalam banyak hal jika menang K.Pemuda. Saya pasti KJ akan bawa masuk DSAI pula untuk tumbangkan DSN jika kemahuannya nanti tidak di penuhi. Wallahualam.
DSN harus hati-hati dengan KJ yang tamak dan gila kuasa . Kerana muslihat KJ , BN dalam keadaan tenat . Seharusnya MT UMNO pecat sahaja KJ . Kerana pelingkup dan perosak UMNO tak seharusnya di biarkan berada dalam UMNO.