Berjuang atas nama parti bukan pemimpin

Oleh rmf

Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan tindakan drastik nya keluar daripada UMNO, menyebabkan banyak pihak akan  mengambil tindakan yang serupa berhubung kait dengan soal kepimpinan sekarang.

Kita berjuang selama ini bukan mengharapkan Anugerah, Pangkat dan projek tetapi kita berjuang dengan berlandaskan kepentingan Parti untuk mendaulatkan Agama, Bangsa Dan Negara.

Tindakan untuk keluar parti ini  adalah bukan kerana tidak sayangkan UMNO  tetapi mengharapkan UMNO berada dilandasan perjuangan yang sebenarnya iaitu untuk Agama , Bangsa dan Tanah Air bukan  perjuangan untuk membela saorang pemimpin.

Jika benar, kesetiaan pada parti itu perlu, maka disini saya nyatakan  pengorbanan untuk mengembalikan  UMNO sebagai Parti keramat juga perlu dengan landasan agenda yang telah termaktub dari dahulu lagi. Untuk itu kita seharusnya boleh membuat teguran terhadap pemimpin  untuk menjamin agenda parti selari dengan perjuangan yang telah diwariskan untuk bangsa melayu.

Apa yang kita lihat masa ini, perjuangan untuk mendaulatkan Agama, bangsa dan Negara kian terhakis dek agenda  yang sentiasa berubah rubah, hala tuju  negara yang kabur demi menjada kepentingan anak beranak Abdullah Ahmad Badawi. Bermula dengan pembatalan Jambatan Bengkok kita terus ditipu oleh pihak atasan dengan alasan-alasan yang tidak logik- Diantaranya ialah:-

1. Isu Jambatan Bengkok

2.Isu WPI -

3. Isu FTA Jepun -

4. Isu Dasar Pertanian.. Bioteknologi Sehingga kini tiada satu pun pusat Bioteknologi yang dibina sebagaimana dijanjikan

5. Isu ECM Libra vs Evenue Capitol – Insider Trading

6. Isu MV Agusta – Dijual dengan harga RM 4.20 sen 

7. Isu Pantai Holding

8. Isu Proton

9. Isu Dakwat PRU

10. Isu Oil For Food

11. Isu Scomi – Nuklear

12. Isu Murtad /IFC kebebasan beragama

13 Isu AP

14. Isu GLC

Dengan isu-isu yang disebutkan  diatas tiada satu pun yang mengutamakan kepentingan bangsa melayu dan agama. Tetapi MT tetap juga tidak berani menyuarakan pendapat hanya sekadar bersetuju. Populariti dicari oleh Pak Lah, Islam hadhari di perjuangkan.

Akar umbi telah menzahirkan  rasa tidak puas hati melaui peti undi  sebagaimana telah dicabar oleh Pak Lah, sehingga kehilangan 5+1 buah negeri akan  tetapi Pak Lah masih menyatakan beliau masih mendapat sokongan majoriti sedangkan  negeri dia sendiri hancur terus ketangan pembangkang.

Tidak perlu bercakap panjang lagi- tindakan seharusnya diambil sekarang- demi UMNO bukan kerana saorang pemimpin – Kesetian pada parti sememangnya ada, tetapi untuk mempunyai parti yang kuat kita semestinya mempunyai pemimpin yang berjiwa kental, berwawasan, berani menghadapi anasir luar berlainan sekali dengan kepimpinan sekarang dengan mudah tunduk kepada tekanan tekanan  terutama kepada Singapura.

Dengan ini saya meyeru kepada semua UMNO yang  sayangkan parti keramat ini.. bertindaklah sekarang  untuk menyelamatkan Parti UMNO bukan untuk menyelamatkan seoarang pemimpin yang bongkak dan lemah.

Walaupun kita disingkirkan, dibuang jika itu harga  yang seharus,nya kita terpaksa lunaskan untuk satu perjuangan mendaulatkan Agama, Bangsa dan Negara, kita akur dan kita akan teruskan walaupun didalam keadaan yang daif.

“Patah Sayap bertongkat Paruh, namun gunung tetap didaki”

 

Leave a Reply