rmf7 Blog - Agama Bangsa Dan Negara

May 16, 2008

Layakkah Pak Lah memimpin lagi..

Filed under: Layakkah Pak Lah memimpin lagi? — rmf7 @ 7:08 am
Tags: ,

oleh rmf  :

Malaysia sebuah negara membangun dunia ketiga telah mencipta nama didalam arena antarabangsa  dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir sehingga tahun 2003-Era yang cukup gemilang dimasa itu tanpa kekangan ekonomi yang teruk- bermakna rakyat bawahan mampu  untuk hidup.

Kepimpinan tampok teraju negara telah diamanahkan kepada timbalannya Abdullah Ahmad Badawi dengan harapan akan mengorak langkah dengan dasar yang telah diperkenalkan sebelum ini. Kepercayaan ini bukan sahaja disambut dengan penuh keyakinan oleh semua ahli UMNO bahkan  oleh semua golongan di Malaysia.

Bermula dengan  gaya seorang yang bertanggungjawab , Abdullah memulakan langkah dengan slogan “Cemerlang. Gemilang Dan Terbilang” disusuli pula dengan “Islam Hadhari” disusuli pula dengan “Penjimatan”"Dasar Pertanian Moden” dan “konsep keterbukaan”  semua ini telah dicanangkan  dengan penuh gah sekali di setiap negeri disokong dengan berkeyakinan oleh MP yang hanya tau bercakap sahaja tanpa membuat kajian  terpernci setiap apa yang telah di canangkan. Berderu-deru lah bala tentera pak lah.. menyerang didalam memberikan penerangan apa yang telah dicanangkan walaupun mereka sendiri tidak tau implikasi jangka panjang disebalik slogan yang telah dibuat, termasuk lah diperingkat bahagian Ketua Bahagian dan Cawangan “menyalak” mengiakan saranan tuannya.

Pembatalan jambatan bengkok telah menjadikan Pak Lah sasaran oleh rakyat, namun sikap EGO dan besar kepala Pak Lah tidak mahu memberikan penerangan yang terperinci kenapa pembatalan tersebut wajib dibuat, atas alasan apa, sehingga lah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mula bersuara. Tetapi panglima Pak Lah -Nazri Aziz  yang telah di ajar supaya tidak memberi ruang kepada sesiapa juga untuk mengkritik paklah mula “menyalak” tanpa memperdulikan dengan siapa dia harus “menyalak” .

Sikap kurang ajar yang didiik oleh paklah telah menunjukkan hasilnya. “Spesis” menyalak ini akan menyerang sesiapa sahaja sehingga satu tahap mengistiharkan didalam Parlimen bahawa Tambah Johor adalah milik bersama dengan Singapura dan keputusan ini disambut dengan senyum oleh Singapura akibat kebodohan menteri parlimen yang ada kelulusan undang-undang tanpa dirujuk ke mahkamah antarabangsa.

Rakyat kecewa, rakyat mendesak lagi supaya projek jambatan mesti diteruskan demi maruah Malaysia, tetapi tidak mendapat perhatian.Setelah siasatan dibuat  kenapa pembatalan tersebut terpaksa dilakukan , maka keluarlah cerita bahawa “anak menantu Kesayangan”nya mempunyai agenda tersendiri berkaitan dengan penjualan pasir di negara yang bernaungkan proksi yahudi itu.

Sekali lagi rakyat ditipu, dengan alasan sebelum ini, diantaranya isu air, isu ruang udara, isu diplomatik. Blogger-Blogger mula memainkan peranan menerangkan isu-isu  yang berkaitan sehingga Tun Dr. Mahathir terpaksa menyiarkan surat-surat (OSA) untuk memberikan penjelasan sebenar berkaitan dengan jambatan.  

Malangnya, para penasihat pemimpin kita yang nyata berdarah muda, berpendidikan demokrasi luar negara dan terasa terlebih pandai hanya memkirkan kejayaan singkat meraih populariti ketuanya. Jangan ingat apa yang dibaca dalam buku teks demokrasi boleh menjadi satu resipi kejayaan pilihan raya. Sekali kita meruntuhkan sistem maka sukar sekali untuk kembali menaikkannya.

Bukan sahaja para penasihat muda, malah wakil rakyat UMNO yang sudah berpuluh tahun dalam politik juga turut terbabit menjadi “nasi tambah” kepada usaha memburukkan lagi  isu ini. Pemimpin seperti Shahrir Samad dan Nazri Aziz sepatutnya lebih memperlahankan rentak, sebaliknya mereka pula terlebih sudu dari kuah

Sukar anak-anak muda ini menerima satu bentuk kepimpinan yang lepas tangan terhadap sesuatu isu dan dilihat mengelak dari terbabit dalam sebarang keputusan yang mungkin tidak popular tetapi penting untuk negara.

Mereka ini dibesarkan dengan melihat seorang pemimpin itu dihormati kerana kebolehan membuat keputusan, kemampuan berorganisasi dengan cekap dan bertindak sebagai pemimpin atau jeneral politik. Dengan kata lain memimpin dan memacu tenaga bagi merancakkan pembangunan negara.

Justeru bila YAB Perdana Menteri dilihat mengelak soalan pemberita, enggan menjawab soalan-soalan penting seperti isu Proton, ECM Libra-Avenue, pembelian saham-saham GLC oleh Temasek Holding, kegagalan hubungan diplomatik yang bermaruah dengan Singapura.  dan juga media-media yang dikawal oleh beberapa orang sudah menjadi lebih besar dari Perdana Menteri sendiri, maka gelojak akar umbi sudah sukar dibendung.

Media-media yang dikuasai oleh orang yang rapat dengan kepimpinan sudah menjadi alat untuk mempeleceh, menjatuhkan imej dan memberi seribu satu masalah kepada pemimpin-pemimpin dalam UMNO tentulah dilihat mempunyai agenda politik tersendiri untuk kepentingan pemimpin muda lain. Apatah lagi salah seorang ahli keluarga YAB Pak Lah dilihat mempunyai kepentingan dalam politik, maka mahu tidak mahu akan wujud tanggapan ini sungguhpun belum pasti ia benar atau sebaliknya.

Lebih mengecewakan sikap lepas tangan pemimpin menyebabkan NSTP menjadi porak peranda. Beberapa pengarang kanan pergi tanpa nisan. Sebahagian anak muda dalam UMNO yang membesar dengan kepercayaan pemisahan NST Singapura dan Malaysia satu penebusan maruah dan juga benteng intelektual orang Melayu tentu amat kecewa bila dua orang korespondan NST Singapura diparacutkan menjadi orang besar dalam NSTP (Malaysia).
 
Lebih menimbulkan kemarahan, mereka ini, salah seorangnya bukan Melayu, kemudiannya sibuk mencaturkan usaha mencemarkan kejatuhan pemimpin UMNO yang tidak mereka sukai atau bukan yang boleh membantu kawan mereka dalam politik.

Benar Anwar Ibrahim pernah melantik Johan Jaaffar sebagai Ketua Pengarang Utusan secara “payung terjun”, tapi Johan adalah Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka yang sudah nyata kredebilitinya dan juga sumbangannya kepada negara, parti dan agama. Justifikasi apa dilantik kalimullah dan sekarang Brendan Pereira menjadi orang besar NSTP?

YAB Pak Lah mungkin tidak tahu atau tidak ambil tahu kerana beliau “mengamalkan” kebebasan. Tapi pemimpin yang tidak mengambil tahu hal-hal sepenting ini hanya akan menjurumuskan UMNO ke dalam satu lagi pergolakan besar pada masa akan datang.

Apatah lagi bila pentadbiran hari ini secara langsung atau tidak langsung dilihat cuba merendah-rendahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penasihat-penasihat di Jabatan Perdana Menteri mungkin melihat sentimen dari sudut NGO-NGO berkiblatkan barat, mereka yang tidak menyukai kepimpinan Dr. Mahathir dan pemimpin dalam UMNO yang diketahui umum tidak menyukai Dr. Mahathir.

Ini menimbulkan kemarahan ramai orang di dalam UMNO. Mereka mungkin tidak bersuara secara lantang, tetapi sebahagian anak muda ini sudah hilang pantang larang mereka bila perkara ini terus berterusan selama 2 tahun.

Membiarkan ahli-ahli korporat yang selama ini tidak pun membantu UMNO menguasai GLC, membuat keputusan sesuka hati mereka dan sebahagiannya pula bertindak seperti menghina Tun Dr. mahathir tentulah bukan kepimpinan yang dapat diterima oleh sebahagian ahli UMNO.

Pemimpin yang disebut oleh Peter Drucker harus mempunyai matlamat perjuangan yang unggul, tahu erti dan fungsi kepimpinan dan tidak takut atau cemburu dengan kekuatan rakan-rakan dan orang-orang bawahannya. Kalau tidak seorang leader hanya akan menjadi misleader.

Menyerahkan kepada anggota kabinet lain atau suruhanjaya untuk menyelesaikan isu-isu yang hangat merupakan satu tindakan yang tidak menampakkan kekuatan pemimpin. Ia hanya melihat pemimpin cuba mengelak dari membuat keputusan yang boleh memakan diri pada masa hadapan. Pemimpin yang tidak berani mengambil risiko mungkin tampak popular kepada NGO dan mereka yang menguasai media, tapi apakah ia akan turut popular kepada akar umbi UMNO?

Yang lebih penting ialah apakah pemimpin yang reaktif akan mampu memperkukuhkan parti dan juga memacu kemajuan dan kepesatan ekonomi negara?

Pemimpin politik ibarat seorang jeneral yang mampu menggembeleng kekuatan jentera, baik parti mahu pun kerajaan, bagi mencapai matlamat-matlamat politik atau negara. Pemimpin UMNO mahu tidak mahu harus dilihat memimpin untuk mencapai matlamat bukannya pecah dan perintah bagi memenuhi agenda peribadi.

Tidak dapat dinafikan pemimpin UMNO harus popular dan juga memimpin, yakni dengan kata lain berani mengubah, merubah dan bertindak membetulkan sebarang kepincangan atau kelemahan jentera yang dipimpinnya. Namun perubahan tersebut haruslah dilakukan dengan bertanggungjawab dan umpama menarik rambut dari tepung, rambut jangan putus, tepung jangan selerak.

Malangnya, apa yang kita lihat hari ini, usaha kepimpinan untuk melakukan perubahan dilakukan secara tergesa-gesa, tanpa perancangan yang rapi akhirnya menjadi seperti tikus membaiki labu.

Pemimpin UMNO kelihatan lebih berusaha memuaskan hati badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang berbanding penyokong sendiri. Maka itu, apabila NGO atau pemimpin pembangkang membangkit isu seperti pemeriksaan bogel, alam sekitar dan kekejaman Polis kita cepat bertindak.

Tapi bila polis membangkitkan isu gaji rendah kemudahan yang kurang, perumahan yang sesak isu ini tidak pula disensasikan atau dijadikan perdebatan umum bagi memberi lebih besar faedah kepada anggota polis. NGO manakah atau pemimpin politik manakah yang mengambil berat kebajikan polis?

Perubahan harus berlaku dan dilakukan untuk kepentingan umum bukan untuk populariti. Justeru sebarang perubahan untuk kepentingan massa, baik untuk parti mahu pun untuk negara, harus mengambil kira baik buruk.

Apa yang berlaku kepada polis sejak beberapa bulan kebelakangan ini menimbulkan satu suasana yang agak menyedihkan dan juga merisaukan. Pemimpin UMNO bukan sahaja gagal memelihara imej Polis tetapi sebahagiannya turut sama terbabit merosakannya.

Kita akui terdapat kelemahan-kelemahan dalam pasukan Polis. Tapi perlu apa membenarkan media-media yang dikuasai oleh UMNO dan MCA “membelasah” polis sehingga seolah-olah tiada lagi rasa hormat dan berterima kasih parti pemerintah terhadap pasukan yang menjaga keamanan ini?

Jika Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan pun boleh dihentam dan dikutuk oleh media hanya kerana beliau menyatakan yang benar mengenai prosedur pemeriksaan “duduk bangun tanpa pakaian”, maka apa harapan anggota polis biasa untuk mendapat perlindungan pemerintah semasa mereka menjalankan tugas?

Memang anggota polis bersalah harus diambil tindakan mengikut peraturan yang ada. Tapi menjadikan anggota polis sebagai bahan kecaman dan kutukan media adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Pemimpin UMNO tidak boleh bersembunyi di sebalik kebebasan media semata-mata kerana hakikatnya pasukan polis tetap melihat akhbar-akhbar yang menghentam mereka datang dari akhbar yang mempunyai kepentingan UMNO dan Barisan Nasional.

Memang akhbar harus bebas melaporkan. Tapi antara melaporkan kebenaran dengan mensensasikan adalah dua isu besar yang cukup berbeza. Tidak ada salahnya melaporkan salah laku polis. Tapi mensensasikan salah laku polis dan mengambil pendekatan yang kelihatan memburukkan pasukan polis adalah sukar diterima akal.

Lebih sukar diterima akal ia berlaku dalam akhbar-akhbar yang UMNO mempunyai kepentingan. Pemimpin UMNO boleh bercakap berulang kali bahawa kita tidak campur dalam urusan media, namun apakah tanggapan ini dapat diterima oleh pasukan polis? Hakikatnya, ahli UMNO sendiri ramai yang sukar menerima kenyataan ini, apatah lagi pasukan Polis yang mempunyai rangkaian perisikan dan pengawasan yang diakui ramai sebagai cukup berkesan.

Jika dulu anggota polis yang mati ditembak mendapat liputan media, hari ini penjudi yang dipotong rambut lebih mendapat simpati media berbanding anggota polis yang terkorban semasa menjalankan tugas.

Pemimpin UMNO harus sedar bahawa hubungan baik antara kerajaan dengan Polis bukan sahaja bermakna pentadbiran negara akan stabil dan harmoni, malah ratusan ribu undi Pos anggota polis dan tentera akan terus kepada Barisan Nasional. Sebaliknya, kerana ghairah untuk mendapatkan populariti di kalangan pembangkang dan NGO maka kita sedang “membunuh” sedikit demi sedikit penyokong setia kita setiap kali pilihan raya.

Polis tidak harus menjadi alat politik untuk membuktikan kepimpinan hari ini telus, terbuka dan mesra rakyat. Polis adalah satu entiti yang harus dihormati dan dijaga maruah serta moral mereka. Menubuh suruhanjaya, menubuh badan penyiasat atau sebagainya bukanlah satu masalah. Yang menjadi masalah ialah caranya.

Jika dilakukan dengan baik, terhormat dan tertib pastinya pasukan polis juga tidak berkecil hati dan kecewa.

Malangnya, para penasihat pemimpin kita yang nyata berdarah muda, berpendidikan demokrasi luar negara dan terasa terlebih pandai hanya memkirkan kejayaan singkat meraih populariti ketuanya. Jangan ingat apa yang dibaca dalam buku teks demokrasi boleh menjadi satu resipi kejayaan pilihan raya. Sekali kita meruntuhkan sistem maka sukar sekali untuk kembali menaikkannya.

Bukan sahaja para penasihat muda, malah wakil rakyat UMNO yang sudah berpuluh tahun dalam politik juga turut terbabit menjadi “nasi tambah” kepada usaha memburukkan polis ini. Pemimpin seperti Shahrir Samad dan Nazri Aziz sepatutnya lebih memperlahankan rentak, sebaliknya mereka pula terlebih sudu dari kuah.

Selebihnya, di mana pemimpin Pas yang suatu ketika dahulu memanggil polis sebagai tali barut UMNO atau anjing UMNO? Mereka semua diam dan sedang bersorak gembira memikirkan undi-undi pasukan polis dalam pilihan raya akan datang. Malahan Anwar Ibrahim yang suatu ketika memanggil Ketua Polis Negara sebagai “bapa anjing” pun dalam ceramah beliau kebelakangan ini memuji anggota polis yang menjaga ceramahnya.
  
Sukarno terkenal dengan kemampuannya meruntuhkan satu sistem pemerintahan tetapi jelasnya beliau sendiri gagal membangunkan sesuatu yang lebih baik.

Menjadi popular adalah satu keperluan. Tapi hakikatnya, populariti yang artificial (palsu) dan populariti di kalangan NGO dan intelektual tidak akan menjamin kemenangan pilihan raya. Jika tidak Syed Husin Ali sudah lama memimpin PRM memerintah Malaysia.

Kepimpinan UMNO sekarang memimpin rakyat atau dipimpin oleh NGO?

Apabila teguran dan perbincangan dalam Biro Penerangan Malaysia mengenai NSTP telah sampai kepada bekas Ketua Pengarang NSTP dan sekarang Timbalan Pengerusi NSTP, maka pemimpin UMNO sedang berada dalam keadaan nazak dan tenat. Biro penerangan boleh dianggap salah satu biro yang penting dan menjadi “feeder” kepada Biro Politik UMNO dalam menentukan strategi politik parti.

Hakikat bahawa ketidakpuasan hati Datuk ZAM terhadap pentadbiran NSTP, yang sekarang ini banyak sekali isu dalamannya, disampaikan kepada Datuk kalimullah Hassan yang bukan ahli UMNO mahu pun pemimpin UMNO maka ia mencerminkan kelemahan pimpinan UMNO di peringkat Penerangan UMNO. Dan hakikat ia digunakan oleh Kalimullah untuk mencerca ZAM secara terbuka di dalam NST yang dikuasainya, sekaligus mencerminkan UMNO sudah hilang maruah. Maruah UMNO sedang diinjak-injak oleh Kalimullah dan Brendan Pareira.
Apabila Pemuda UMNO melaung-laungkan slogan Dasar Ekonomi Baru atau New Economy Policy (NEP), Brendan Pareira (Editor NST) yang sebelum ini bersimpati dengan penyokong Reformasi 1998 menulis “”Notes From a divise year” pada 25 Disember 2005 lalu.
Sehingga hari ini tidak nampak jelas respon atau tindak balas Pemuda UMNO terhadap artikel ini. Jika dulu Najib Tun Razak (sekarang Datuk Seri) hampir ditangkap dalam Operasi Lalang 1988 kerana mempertahankan isu-isu orang Melayu yang dimainkan oleh beberapa akhbar; hari ini pemimpin pemuda membisu seribu bahasa bila ia berlaku di hadapan mata di dalam akhbar yang parti sendiri mempunyai kepentingan.

Apakah kesenyapan ini akibat urusan penjualan saham ECM LIBRA (Kalimullah ketika itu merupakan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP juga merupakan antara pemegang saham ECM LIBRA yang menawarkan saham kepada Khairy Datuk Jamaludin) kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya.

Kritikan keras pengarang NST yang berbangsa India ini tentulah merupakan satu tamparan kepada perjuangan orang Melayu dan UMNO sendiri. Hakikat ia berlaku di bawah “hidung” UMNO sendiri merupakan bukti jelas bahawa kita menghadapi masalah kepimpinan yang serius. Jika yang menulis merupakan orang Melayu, penyokong UMNOatau wartawan senior NST tentulah kita boleh menerima kritikan tersebut dengan nada yang lebih lembut.

Namun ia ditulis oleh editor yang dibawa masuk dari NSTP Singapura, diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Kalimullah dan naik pangkat secara mendadak memotong wartawan-wartawan senior lain di NSTP maka ia merupakan saat yang menyedihkan kepada UMNO.

Justeru bila Tan Sri Mat Taib membela editor NST ini (jika tulisan Kalimullah boleh dipercayai) dan kemudiannya mendapat jawatan Senator tentulah ia menimbulkan curiga dan membenarkan lagi apa yang menjadi bualan umum bahawa “K” NSTP ini merupakan antara “K” yang berpengaruh dalam pentadbiran hari ini.

Ini UMNO parti yang kita sokong - sama ahli atau bukan - tapi mengapa yang tidak pernah ke hadapan mempertahankan parti yang diangkat menjadi orang besar dalam NSTP? Apa sumbangan Kalimullah kepada UMNO, Negara mahu pun NSTP sebelum dia dilantik menjadi Ketua Pengarang? Apa sumbangan Kalimullah kepada UMNO sehingga ia dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan NSTP? Dan berkuasa pula memasukkan bekas koresponden-koresponden akhbar asing ke dalam NSTP.

Apakah mereka ini yang membantu UMNO ketika diasak oleh pembangkang dan kumpulan reformasi pada 1998-99? Apakah mereka ini yang mengukuhkan UMNO sehingga memungkinkan Pak Lah menjadi Perdana Menteri kelima?

Kalimullah mungkin tidak suka ZAM seperti mana beliau mencemuh pengarang-pengarang NSTP sebelumnya sebagai tiada kredebiliti. Tapi hakikatnya mereka ini mengorbankan maruah, kredebiliti dan kadang kala intelektual sendiri untuk memastikan UMNO terus kukuh.

Pengarang-pengarang NSTP dan UTUSAN pada 1998 mungkin boleh menjual akhbar mereka sehingga sejuta naskah jika mereka mensensasikan laporan mengenai tunjuk perasaan Reformasi. Tapi mereka bukan sahaja memilih untuk mengurangkan bahang tersebut malah cuba memastikan UMNO terus kukuh.

Hari ini, mereka ini secara tersirat ibarat sampah kepada UMNO. Maka pemimpin UMNO hari ini memberi satu teladan yang cukup mengecewakan. Pejuang UMNO sudah tidak penting lagi..

 

 

sumber Kunta Kinte Malaysia

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.