Di sebalik Parti Keadilan 1
oleh rmf
Petikan ucapan mukhris di Parlimen.
Alhamdulillah, selepas hampir 10 tahun cuba membuka mata dan minda rakyat Malaysia kepada isu konspirasi oleh anwar ibrahim, YB Dato Mukhriz telah membentangkannya di dalam Parlimen, tempat yang paling sesuai. Insya’Allah, kita berharap lebih banyak lagi kebenaran mengenai anwar ibrahim yang sudah banyak terbongkar akan diusulkan/bentangkan dan lebih ramai rakyat Malaysia akan mula sedar akan bahayanya pengkhianat agama, bangsa dan negara yang bernama anwar ibrahim.
Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri? Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan. Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush.
Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini? Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini. Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa? Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future.
NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui. Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.
Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?
Sudah tentu tidak! Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.
Sumber : BigGuy
Saudara…
Sebenarnya dah naik malas melayan tohmahan2 yg di ulang2.
Untuk menyenang tuan/puan dibawah adalah jawapan Anwar di blog nya..
Serangan Dangkal Juak Terdesak!
Bila para juak melalak, kian nyata Umno kian gelisah. Maka bermula lagi serangan, fitnah dan tuduhan tanpa ada ruang buat kita bertahan!
Ya kita dan rakyat umumnya sudah mangli dengan muslihat kotor mereka. Penjenayah dan perasuah dilindungi, kalangan lain pula yang dituding..
Demikianlah halnya manakala terteka kisah penghijrahan ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat. Kalangan yang hidup bergelumang dengan rasuah, melimpah kekayaan dalam masa singkat pura-pura berhujah mengenai moral dan etika!
ANWAR IBRAHIM
Comment by Mat — May 16, 2008 @ 3:29 pm
Saudara mat.
Apa yang dipertikaikan sekarang bukan masalah dalam negara tetapi penglibatan anuar dengan yahudi di luar negara, sila rujuk laporan time pada perenggan 4-5 dan 6.
Permasalahan sekarang apa yang dikeluarkan oleh negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia seperti Israel meramal masa depan negara ini- Adakah ianya mempunyai agenda tersurat apabila kita gabungkan semua sekali laporan tersebut.
Paul Wolfowitz - Amerika Syarikat
Jerusalem Post - Israel
Paul Wolfowitz - fahaman Neo Conservative
Jika kita kaitan laporan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungkaitnya-
Ini yang di fikirkan. Soal dia nak jadi PM jika tanpa melibatkan israel atau mana mana agen yahudi.. sudah tentu tidak dipertikaikan.
fikir fikirkan
Comment by rmf7 — May 16, 2008 @ 4:26 pm
benarkah ini yang terjadi.. maknya malaysia sebagai sebuah negara Islam akan bersekongkol dengan kaum yang benar-benar dilaknati ALLAH? Astaghfirullah… Kalau ini yang cuba diperjuangkan oleh anwar.. hanya ALLAh yang mengetahuinya.. dan orang2 yang bersekutu dengan kaum yang menyekutukan Allah adalah kaum yang dilaknati Allah..
Comment by intan — June 20, 2008 @ 3:17 am
Harap semua rakyat Malaysia dapat komen berkenaan perkara berikut. Kenapa Pengakuan Sumpah RAJA PETRA DAN BALA yang terang-terang adalah daripada “hearsay” atau dengar daripada pihak ketiga atau khabar angin MENJADI BUALAN dan PEKIKAN semua orang TERUTAMANYA PARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM yang kononnya betul tetapi PENGAKUAN SUMPAH oleh BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA yang dibuatnya sendiri atas apa yang dia lakukan sendiri TIDAK DIAMBIL BERAT?
Pengakuan sumpah yang mana benar? dari yang dengar orang kata ke atau dari org yang melakukan??
Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan lapuran siasatan BPR tentang pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.
Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.
Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.
Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.
Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.
Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat dan cela. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini?
Kenapa Majlis Peguam tidak memperjuangkan Pengakuan Bekas Timbalan Gabenaor Bank Negara itu??
Comment by iskandarjohan — July 7, 2008 @ 8:37 am
Why? Do i ponder, politicians are like diapers, they must be change regularly. Easy said, the election fever has long over, and get over it. So it’s now time for you to work not arquing and accusing each other. Opposition and government the like.. do your work and find ways to solve RAKYAT (not kerajaan) problems. You all are wasting much of your time, resources and effort in doing damages..
Rakyat Meluat.
Comment by A Nik — July 18, 2008 @ 4:56 pm