Pak Lah atau DEB

Oleh rmf – sumber mykmu

Kenyataan Tun Musa Hitam supaya dihapuskan dasar kuota bumiputera dalam perniagaan di Johor (Kawasan Pembangunan Iskandar?) menimbulkan pelbagai polemik dan tanda tanya kepada orang Melayu dan juga UMNO.

Musa mendakwa DEB, terutamanya kuota 30% bumiputera dalam syarikat, menjadi punca kejatuhan jumlah Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia.

Jika ini punca kejatuhan FDI, mengapa hanya Johor yang perlu diberi pengecualian? Berikanlah kepada semua negeri terutamanya negeri yang masih tertinggal seperti Kedah, kelantan, Sabah dan Pahang
“Jika DEB menjadi punca negara kita miskin, maka wajarlah dasar ini dihapuskan sahaja. Jika DEB menjadi punca rakyat negara ini hilang mata pencarian dan jatuh miskin, maka sudah wajib kita menghapuskan terus dasar ini.

Tapi mengapakah pada 1980-an dan 1990-an FDI tetap mencurah masuk ke negara ini sungguhpun DEB terutamanya isu pemilikan bumiputera dalam perniagaan sedang dilaksanakan secara pesat oleh kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu?

Pada tahun 1990 Malaysia berada di tangga keempat dunia dalam senarai pelaburan asing.

Memang benar FDI masuk ke Malaysia berkurangan akibat krisis ekonomi dunia 1997 dan pelaksanaan Kawalan Modal Asing pada 1998 oleh Malaysia.

Maka ketika itu ramai menyalahkan isu kawalan modal ini punca pengurangan FDI. Namun FDI tetap masih masuk ketika kerajaan dianggap sebagai “pariah” dalam ekonomi kapitalis. Malahan ketika dilaksanakan rejim kawalan modal dan mata wang pun Malaysia tidak pernah “dikalahkan” oleh Indonesia dalam senarai penerima FDI.

Malangnya pada tahun 2005, ketika kerajaan menghapuskan rejim kawalan modal, membenarkan urusniaga singkat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), menamatkan rejim tambatan ringgit, FDI yang masuk ke Malaysia jauh lebih rendah dari FDI yang masuk ke Indonesia. Lebih perit, kekurangan FDI ke Malaysia pada tahun 2005 ini berlaku ketika berlaku peningkatan dalam kemasukan FDI ke rantau ini (ASEAN).

Apa yang berlaku? Sebab DEB atau terdapat sebab lain yang lebih besar?

Hakikatnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abddullah Ahmad Badawi telah gagal. Biar pun menghabiskan hampir separuh masa beliau ke luar negara sejak memegang jawatan, namun hasilnya jelas tiada.

Mengapakah pelabur asing tidak lagi kelihatan berminat datang ke Malaysia biarpun rejim kawalan modal dan mata wang sudah dihapuskan? Secara logiknya, Malaysia sepatutnya menerima pelaburan asing yang lebih baik dan banyak.

Kestabilan Ekonomi

Mengapa pelabur asing masih menjauhkan diri biarpun kerajaan begitu menggembar gemburkan ketelusan, anti rasuah dan penstrukturan semula syarikat-syarikat berkaitan kerajaan?

Masalah kita ialah kestabilan ekonomi masih diragui bukan sahaja oleh pelabur asing, malah pelabur tempatan. Pembatalan dan penangguhan beberapa projek yang diluluskan sebelum ini seperti Landasan Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua, Putrajaya, Jambatan Bengkok telah memberi tanggapan negatif kepada para pelabur.

Kerajaan dilihat tidak berupaya melaksanakan perancangan ekonomi dengan baik. Malahan pembentangan Rancangan Malaysia ke 9 (RMK 9) yang lewat enam bulan dari waktu sepatutnya serta penuh kecacatan mewujudkan suasan yang tidak meyakinkan.

Malahan cakap-cakap di kalangan industri percaya projek-projek RMK 9 sudah pun mempunyai “tuan” sebaik dfiumumkan. Ini tentulah tidak membantu imej kerajaan untuk menarik pelaburan.

Lebih serius beberapa pengumuman projek mega kerajaan disambut dengan pandangan sinis sama ada kerajaan mempunyai wang untuk membayar kontraktor.

Ini berpunca dari kerajaan sendiri yang menyebarkan kenyataan seolah-olah kepimpinan Dr. Mahathir telah menghabiskan wang negara. Pada mulanya Abdullah sungguh gembira dengan cerita tidak benar ini kerana ia memberi imej yang baik kepada beliau. Malangnya, bila ia menjadi masalah kepada kedudukan kerajaan maka beliau terpaksa membuat kenyataan menafikannya. Malahan beberapa projek dilaksanakan segera dan kakitangan kerajaan dipersalahkan kerana lambat bayar kontraktor.

Namun imej negatif ekonomi negara telah terpancar dan sukar untuk mengikis dalam sekelip mata.

Pelabur asing juga perlu memikirkan bahawa kos sara hidup di Malaysia sudah meningkat dengan drastik sejak tiga tahun lalu akibat kenaikan harga petrol, kadar pinjaman asas (BLR) dan inflasi yang meningkat dari 1% ke 3 %.

Ini bermakna pelabur perlu membayar gaji yang lebih dan berhadapan dengan pasaran yang kekurangan kuasa membeli berbanding dahulu.

Masalah dalam isu kemasukan FDI yang besar ialah pelabur tidak melihat sebarang perancangan yang meyakinkan dari kerajaan. Suasana dasar dan pentadbiran kerajaan beberapa tahun kebelakangan ini dilihat tidak konsisten, tiada hala tuju dan hanya tertumpu kepada usaha penjenamaan semula, bukannya reengineering mahu pun kelangsungan dasar lampau.

Keadaan sebegini adalah satu risiko yang tidak diperlukan oleh pelabur asing.

Justeru untuk menyalahkan kuota 30% bumiputera semata-mata adalah sukar diterima akal. Jarang sekali kita berjumpa pelabur berminat untuk melabur 100% kos di sesebuah negara. Sebaliknya kebanyakan pelabur lebih berminat mencari rakan kongsi dalam negara bagi kestabilan dalam pelaburan mereka.

DEB bukan satu dasar baru. Ia sudah sedia wujud selama lebih 30 tahun. Namun dalam tempoh yang sama Malaysia membangun pesat sebahagian besar hasil pelaburan langsung asing.

Lebih serius masalah kita ialah usaha “menjual” kemampuan dan imej negara di peringkat antarabangsa sudah semakin malap sejak 3 tahun kebelakangan ini.

Dalam setiap kali lawatan ke luar negara PM Abdullah lebih banyak bercakap soal Islam hadhari berbanding menarik pelabur asing. Akibatnya terpaksa pula para Menteri Besar melakukan kerja-kerja menarik pelaburan asing secara bersendirian.

Kebanyakan FDI yang masuk hari ini bukan lagi dari inisiatif Perdana Menteri. Sebaliknya ia datang dari inisiatif MITI dan kerajaan beberapa negeri yang giat melakukan usaha menarik pelaburan ke negeri masing-masing.

Namun kita juga harus akui bahawa sedikit sebanyak mungkin DEB memerlukan penyesuaian bagi menarik FDI. Jika isu 30% pemilikan dalam syarikat asing menjadi isu mungkin kita boleh kurangkan kepada sekitar 10-15% terhad kepada pelaburan asing yang mempunyai nilai besar.

Cuma yang kita mahu pertikaikan ialah mengapa WPI begitu penting sehingga mahu dikorbankan DEB? Sehingga hari ini pun kalangan rakyat melihat WPI akan lebih menguntungkan Singapura berbanding Malaysia. Justeru apa relevannya?

Perbandingan Mengelirukan

Ahli Parlimen Johor Baru, Shahrir Samad, ketika mempertahankan hujah Musa Hitam ini berkata MSC juga mempunyai pengecualian dari DEB.

Langkah Shahrir menyamakan WPI dengan Multimedia Super Corridor (MSC) adalah tidak tepat. Dalam WPI tiada apa perbezaan atau keistimewaan berbanding kawasan perindustrian lain. WPI tiada pengkhususan. Malahan agenda-agenda dalam WPI seperti Pelancongan Kesihatan, logistik, kewangan, perniagaan dan taman tema merupakan sebahagian industri Malaysia yang telah sedia wujud.

Ini berbanding MSC yang amat terhad kepakaran Malaysia ketika dilancarkan. MSC mempunyai perancangan khusus menarik kepakaran asing dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Malaysia tidak mempunyai kepakaran yang canggih dan hebat dalam bidang ini.

Sungguhpun begitu, jika kerajaan berpendapat dengan menjual keseluruhan kawasan ini kepada pelabur asing boleh memberi kesenangan dan kejayaan kepada Johor dan Malaysia maka lakukanlah.

Hapuskan sahaja DEB.

Jika dengan manghapuskan DEB maka akan menjadikan semua rakyat lebih kaya raya dan berjaya, maka lakukanlah. Jangan lakukan di WPI sahaja. Lakukan di seluruh negara. Rakyat Malaysia ditempat lain pun mahukan pelaburan, mahukan kerancakan ekonomi.

Rakyat menyokong DEB kerana percaya ia memberi pengagihan ekonomi yang seimbang dan menstabilkan negara. Jika DEB yang menjadi punca kemerosotan ekonomi baik hapuskan sahaja. Apa guna dasar pengagihan kekayaan jika kekayaan itu sendiri tiada?

Abdullah atau DEB Yang Harus Berundur

Namun sebelum dihapuskan polisi-polisi DEB dalam bidang pelaburan dan perniagaan membabitkan entiti asing ini elok dulu UMNO diberi peluang membahaskan sama ada mahu kekalkan DEB atau kekalkan Abdullah Ahmad Badawi.

PM Abdullah tidak boleh melarikan diri dari isu ini. Kenyataan ini datang dari dua orang kuat beliau iaitu Tun Musa Hitam dan Datuk Shahrir Samad. Malahan sokongan MB Johor Datuk Ghani Othman memperlihatkan bahawa isu ini direstui oleh pentadbiran Abdullah.

Ghani tidak mungkin menyokong kenyataan Musa dan Shahrir yang hampir merencanakan rampasan jawatan beliau sebelum pilihan raya lalu tanpa menerima isyarat yang kuat dari Seri Perdana.

Abdullah atau DEB – Keputusan terletak kepada ahli UMNO untuk menjawabnya.

Sepanjang pemerintahannya Abdullah Ahmad Badawi telah banyak menabur jasa didalam negara kita Malaysia, Diantara jasa jasanya ialah..

1. Ecm Libra Evenue Capitol ( Insider Trading)
2. Pantai Holding – Pembelian semula
3. Proton – rugi kata diorang
4. MV Agusta dijual dengan harga RM.4.20 atau 1 euro
5. AP
6. Pembatalan Jambatan Bengkok-keputusan Chimore
7. Penjimatan wang rakyat dari projek mega tetapi dilaksanakan projek giga ( Slogan Penjimatan )
8. Scomi – Isu alatan Nuklear
9. Makmal Bioteknologi tercanggih – Dimana ekk
10. NSTP -
11. GLC – Penjualan saham GLC kepada Temasek ( nak tau cari sendiri)
12.WPI – koata bumi
13. Skandal Kubang Pasu- Sehingga kini Johari Baharun bebas
14.FTA dengan Jepun.- terus lancar dasar pertanian
15. Koridor Oh koridor

Leave a Reply