Hari Terakhir Sebelum Berjuang

Oleh rmf

2008 dan 13 ada lah tarikh ilham yang dikatakan membawa tuah kepada Pak Lah untuk menetapkan pembubaran parlimen, dan 8 March adalah tarikh yang dinantikan oleh pihak pembangkang untuk menguji kekebalan dan kekuatan didalam arena politik, tetapi  kenapa  pilihanraya dan masa kempen  yang telah diberikan  tidak seperti tahun tahun pilihanraya sebelumnya.  hambar,  suram.

Masa kempen selama 13 hari diberikan untuk calun calun  membentangkan fakta dan manifesto kepada pengundi dan masa untuk memancing undi berjalan seperti hari hari biasa, seperti ada yang terpendam kekusutan didalam hati pengundi dan calun calun yang bertanding.

Percaturan dan pemilihan calun dikatakan sebagai penyebab masa berkempen itu tidak semeriah yang  sepatutnya. Kedai kopi, warung  kebanyakannya bercerita hal hal  harian bukan politik yang menjadi topik utamanya. Percaturan untuk “membunuh” karier politik di sembangkan, di ulas oleh politikus kedai kopi dimana ini akan menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong. “Silent Killer” ialah gelaran diberikan kepada mereka ini- Ini adalah kerana mereka ini akan meyebabkan  bilangan majoriti akan meningkat pada pihak pembangkang dan bukan kepada BN dan kemungkinan akan memberikan kelebihan untuk menang.

Senario ini telah pun berlaku pada tahun 1999 dimana  kekalahan mengejut semua DUN dan Parlimen ditangan pembangkang, pemilihan calun telah menjadi topik yang paling hangat diperkatakan, 2008 pula  dikatakan pemilihan calun daripada  generasi muda telah melangkau “Orang Lama” yang telah lama bercita-cita untuk menduduki tempat tersebut terbiar dan tertinggal kebelakang akibat daripada percaturan akhir yang telah dibuat.Mungkinkah tragedi 1999 akan berulang atau tempias daripada itu akan terpalit?

8 March 2008 akan menceritakan segalanya, keputusan akan diterima, hakikatnya yang kalah akan membuat beberapa andaian keputusan yang tak simbang, keputusan yang bakal merobohkan beberapa kekuatan yang sedia ada dan yang menang akan tersenyum lebar dengan gaya batuk “Yang Berhormat” dan membayangkan betapa besarnya amanah yang hendak dilaksanakan bersama tekanan-tekanan daripada pelbagai sudut.

Kita tunggu nantii…..

Leave a Reply